Monday, November 29, 2010

Apam Pelangi


Semalam masa my mom dok syok tengok Nona, sebelum akhir rancangan ada tunjukkan resepi apam pelangi ni. Apalagi lagi, dia terus teringin nak mencuba. Dia tanya saya, sempat tak salin resepi tadi, saya kata takpe nanti saya ambik dari internet saja. Memandangkan semua bahan dah ada kat dapur, kami terus menggodek untuk buat apam pelangi ni.

Resepi yang senang dan tidak rumit untuk mencubanya. Tapi saya tersilap sikit sebab menggunakan bekas yang sedikit kecil ddan menyebabkan dibahagian bawah apam tu tak boleh mengembang dengan baik. By the way saya gunakan loyang yg 8" kalau tak silap.
Tapi apam ni memang sedap dan wangi je baunya. Terima kasih buat penyumbang resepi dan saya ambil resepi ni dari blog kak ummi.



Bahan bahan

4 biji telur
300 gms tepung gandum
300 gms gula pasir
2 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil baking soda
250 ml santan
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara cara
1. Pukul telur, gula dan ovallet hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Masukkan warna yg disukai.
4. Lapiskan setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
5. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu hingga masak.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

14 comments :

Mas said...

mas pun tengok resepi apam pelangi ni kat nona ..he..he..senyum jer sebab dah buat....sedapp kan apam pelangi ni....

Ummi said...

Waaaaaaaa...akhirnya mengapam jugak yea Hazila, rajin mak dia nak tolong2..kalau mak akak tolong tengok n tolong makan je la kot..hahaha, selalu dtg rumah anak2 diaorg mmg rehat2 jek, akak pun lg senang sorang2 kat dapur..hehehe

Alimaz-Kembara Terasing said...

sedapnyaaaaaaa.....

LENDANUAR said...

kak hazila...apam pelangimu mengguda jiwa ku...lawo lah kak warnanya..cukup x tujuh kaler?

♥LOVE2COOK♥ said...

Owh my, that's a truly gorgeous apam pelangi kak!!! Seriously...I want some! :D

lina said...

sedap nyer hazila warna warni tu...

Anawahid said...

mak aiiii kak ila, kemain lawa pelangi kat sini, rasa x nk balik jek... hehe

Amir Said said...

menariknya apam ni! cantik kaler2 tu. :-)

Mama Gee said...

Salam......nampak menarik kek pelangi ni....tak sempat tgk kat TV.TQ for the resipi....terasa nak buat pulak

Mama Gee said...

Salam......nampak menarik kek pelangi ni....tak sempat tgk kat TV.TQ for the resipi....terasa nak buat pulak

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

wah dah ramai star buat cake or apam rona roni....sedap n menarik
nk mkn rasa syg :-p

ma'chiks said...

dah salin resepinya insyaAllah nak cuba buat jgk,tkasih.

Nur-nba said...

Perghhh sungguh menggoda.. Dah save resepi.. Bila2 boleh cuba.. :)

Pyfa Aziz said...

berapa lama kukus?