Friday, April 1, 2011

Teh Bunga Kekwa


Salam pagi Jumaat,

Hari ni dah 1 April 2011... Jangan la sesiapa terlebih "pandai" nak buat APRIL FOOL pulak. Itu semua kerja yang tak mendatangkan sebarang faedah buat umat manusia. Lebih baik habiskan tenaga dan daya kreatif tu untuk menolong orang lain.

Apa kata kita minum air Teh Bunga Kekwa!!!! Hari tu saya nampak kat C4 ke atau Giant, ada bunga kekwa yang kering di jual dalam packet. Apalagi, angkut masuk dalam troli, baru semalam berkesempatan membuatnya.

Bahan bahan
Bunga kekwa kering - rendam seketika dan toskan
Air secukupnya
Gula Secukupnya

Cara cara
Masukkan semua di dalam periuk, masak hingga mendidih dan tapis untuk asingkan air dan bunga kekwa. Sesuai diminum begitu atau didinginkan dulu.

3 comments :

fmina08 said...

kak!! ngah panaz nih..bak sebotol air nih.. :)

hazila said...

fmina,
tunggu jap akak letak ice cube dulu... baru syokkk

Ribbon and Circus said...

salam,

baru teringat i pun ade beli bunga kekwa ritu..nak buat jugak lah.. cantik2 gambar food you.. :)