Sunday, February 20, 2011

Masak Lemak Daun Turi / Pucuk Geti

Selain asam pedas ikan parang, saya juga buat Masak Lemak Daun Turi atau pun Pucuk Geti. Mak saya cakap pucuk geti ni "berangin" sikit, tapi bagi yang tak sensitive tentu tak ada masalah. Saya pun dah lama tak makan apatah lagi memasaknya sendiri.

Hari ni makan nasi sampai bertambah tambah, habis segala niat nak kurangkan inci. Sesekali makan macam ni memang boleh lupa diri sekejap.

Bahan bahan
1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 biji ubi keledek jepun
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, bawang merag dan cili merah yang telah dikisar. Rebus bersama sama dengan ubi keledk dan ikan bilis sehingga ubi empuk.
2. Masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat.

5 comments :

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Susah nak dapat daun turi sekarang ni, saya suka lebih-lebih lagi kalau dimasukkan dengan kacang hijau rebus.

fmina08 said...

betul3...payah nak cari daun turi... mmg sedap masak lemak daun turi ni...

Neyna Naya said...

Sedap ni kak, buatnye pun tak susah, cepat saji :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

As salam hazila...sedap tue msk pucuk geti..mmg payah nk dpt skrg nih!

momma said...

baru tau nama lain dia pucuk geti, ha a la, lama tak makan. mmg payah nak dpt.