Tuesday, February 22, 2011

Pearl Sago & Honey Dew


Dah 2 malam saya tak masak sebab tiba tiba rasa kurang sihat. My husband cakap mesti sebab hari minggu tempohari bekerja keras mengemas laman walhal kebanyakkan kerja dia yang buat. Ala sindir la tu.....

Sehari sebelum tu my husband beli 1 biji durian, kami dah balun cukup cukup. Kalau boleh habis sebiji durian sekali harung tu kira bagus sangat la sebab selalunya separuh masuk dalam peti ais. Agaknya sebab panas dalam badan campur dengan bahang cuaca kat luar menyebabkan saya menjadi kurang sihat.

Actually saya dah beli buah honey dew ni dari minggu lepas, memang plan nak buat sago and honey dew tapi asyik tertangguh campur tak sihat sama. Tapi bila tengok buah dah menampakkan semakin kecut, terpaksalah buat juga malam ni. Bukannya susah sangat pun tapi sebab tekak rasa pahit, tu yang malas nak buat.

Biasanya sago & honey dew dessert ni menggunakan santan kelapa tapi saya kurang suka jadi saya tukar menggunakan susu segar. Kalau menggunakan santan kelapa, anda perlu masak santan dan gula dan sejukkan dulu sebelum menghidang.


Bahan bahan

1 biji buah honew dew
Susu segar
Gula
Sago
Ice cube

Cara cara
1. Rendam 1 sudu besar sago hingga kembang, toskan dan rendam dengan air panas mendidih hingga menjadi lutsinar.
2. Kisar sebahagian buah honey dew dengan susu segar dan gula hingga hancur.
3. Potong dadu sebahagian buah honey dew.
4. Campurkan semua bahan ke dalam mangkus dan tuangkan ke dalam bekas kecil. Masukkan ice cube jika suka.

5 comments :

Yat Maria said...

salam zila...

this is yummilicious..sago dah lama ada pat pantry, tinggal cari honeydew aja..jumpa nanti ai nak wat jugak this dessert..

Wanieyra said...

singgah nak rasa dessert tu....tergoda habis

Daus said...

yummy yummy :)

my Blog
http://ohdaus.blogspot.com/

AmyDean said...

Salam zila...
Sedapnya dh 2-3 hari plan nk buat..and smalam berjaya 'merembat' sebiji honeydew. So hari ni plan nk buat..pehh..tak sabar!
BTW..knp takbubuh watermark eh kat resipi2 zila? Karang kene 'copet' lak..almaklumla...ramai org suka nk 'senang'.

Ummu Umair said...

salam sy nak minta izin copy resepi n gmbr yer utk sy try masak nanti....