Thursday, February 24, 2011

May I go to Thailand?


Hari ini takde entry masakan sebab saya masih kurang sihat, malam tak dapat tidur sebab asyik batuk sampai perit tekak. Hari ni nak cerita pasal anak saudara sebelah my husband. Oh ya, semua anak saudara tak kira sebelah my husband atau sebelah saya, sukakan my husband. Mungkin sebab my husband rajin melayan kerenah mereka. Apa yang diorang nak, selalunya my husband akan belikan. Kalau anak sedara saya yang kat Trengganu tu selalu cakap " Dik Cha beghahi ke Pak Lom, Dik Cha dok bghahi ke Mak Lom. Mak Lom garang". 

Semalam my husband sembang dengan anak saudara kat Perlis melalui handphone. Saja la tanya khabar, sebab dia baru masuk Tahun 1. Saya just dengar sambil mata menonton TV.
My Husband : " Sekolah macam mana?
Anak Saudara : " Syok, tapi ada yang Kak Lun tak gheti (pandai)"
My Husband : " Apa yang tak ghetinya?"
Anak Saudara : " Kak Lun tak gheti Pendidikan Islam"
My Husband : " Awatnya tak gheti? Tak belajaq ka?"
Anak Saudara : " Mana Kak Lun belajaq dulu masa kat Tadika"
My Husband : " Laaa memang la tak belajaq kat Tadika, tapi kena la belajaq kat sekolah la ni. Kak    Lun pandai apa?"
Anak Saudara : " Kak Lun pandai Bahasa Inggeris"
My Husband : " Uishhhh terornya cakap bahasa Inggeris. Cuba cakap, Paklong nak dengaq"
Anak Saudara: : " Teacher, Teacher! May I go to THAILAND ?"
My Husband : " Hah! Nak pi Thailand buat apa?"
Anak Saudara : " Cikgu kata kalau nak pi bilik ayaq kena cakap lagu (macam) tu"
My Husband : " Laaa bilik ayaq tu TOILET bukannya THAILAND!!!!. Mentang mentang la duduk sempadan ngan Thailand, ingat nak pi shopping lagu (macam) Maklong ka?"

Ermmmm.... lastly Maklong yang kena.

6 comments :

Ayu said...

hahaha..so cute!!..

Bitter Sweet said...

hahaha, cikgu depa sebut cepat sgt kut noo..tu yg budak2 dengaq thailand :D

Chik Mimi said...

haahhahah lawak maklong jugak yg kenaaa

AbbotCottage said...

kih kih kihhh..."kenapa nama aku ada dalam ini ceritaaaa"..kih kih kihhh..so cute, pandai dia borak..

missalongwani said...

hahahahha...lucu rr anok sdare kak..huhuhuh

~~miera icey~~ said...

hehehehe....chomelnye die...