Wednesday, April 6, 2011

Bubur Kacang Durian


Hari Ahad lepas my husband beli buah durian. Biasalah kalau dah nampak buah durian berlonggok je automatic tekak terasa macam nak makan pulak. Saya pesan supaya my husband cuma belikan 1 biji sebab takut tak habis lagipun risau esok harinya kepala akan "bengong" sebab makan banyak sangat.

Bila my husband balik, dia bawa balik 3 biji durian. Katanya penjual tu jual murah murah sebab dah nak balik. Kami cuma makan 1 biji dan yang dua lagi saya masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Hari ni saya buat sebahagian sahaja dari isi buah durian, bakinya masih tunggu sehingga saya dapat idea nak buat apa. Jemput..... makan bubur durian dengan roti benggali.

5 comments :

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

bubur durian febret hubby kak nur nie...kolestrol tolak tepi dulu...hehe....nampak sedap bubu tu ngan gambar yg cun melecun.

hazila said...

WS, kak Nur. hehehehe...memang kena pejam mata sekejap bila fikirkan kolesterol ni.

cik cek said...

Zila....dorian lagi....sana sini dorian....maklum jelah musim dorian...Aduh! tgk gambo je dah tergoda....belum lagi rasa....semangkuk tak cukup ni Zila...he he...

hazila said...

cik cek
yelah musim durian katakan. Mau pitam dah ni bau durian bila buka peti ais.

pB said...

febret nieeee ....