Monday, April 21, 2014

Cream Puff & Cream Custard




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini saya menjamu mata dengan Cream puff dan Cream custard yang saya buat semalam untuk minum petang. Maklumlah semalam boleh dikatakan sepanjang hari Shah Alam dibasahi hujan. Faham sajalah kalau hujan, tak boleh keluar, asyik bergolek depan TV saja, mulalah perut asyik minta diisi.

Maka tak kering tangan bila kena sediakan dari sarapan hinggalah ke minum petang. Nasib baik malam ada orang nak belanja makan kat luar.



Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Rasanya kali kedua atau ketiga saya buat cream puff ini. Masih tidak memuaskan hati tapi untuk makan sendiri tu boleh lah kan....

Sebenarnya bahan yang digunakan tidak banyak dan cara cara untuk menyediakannya juga tidak sukar tetapi masih belum dapat rentak yang sesuai untuk menghasilkan cream puff yang cantik.

Tapi alhamdulillah cream puff ini memang kosong di tengah tengahnya.


Kalau buat sendiri boleh letak cream custad banyak. Yang penting boleh ulang banyak kali.


Kalau suka boleh tabur gula icing


Atau boleh makan dengan sos coklat.

Pilihan di tangan anda.





17 comments :

eyeyou said...

wowww..mmg teringin nak buat.,tapiiiii..........

hazila said...

eyeyou,
hehehehe akak pun selalu terfikir ayat yang sama....

Rosdi Eunos said...

Bila tengok cream puff ni teringat tempat kerja lama saya ... sorang sis ni selalu buat puff ni and then jamu kita org kat office... now dah tak tau mana dia pergi dah..

Rosdi Eunos said...

Pengat Pisang memang favourite saya.. esp pisang nangka.. tapi sekarang ni Ya Rabbi, susahnya nak dpt pisang nangka. Anyway, you punya blog dah tukar sikit layout nyer yer? Makin cantik.. it's always pleasing to the eye. Dah lama tak melawat kawasan nih, jadi terliur pulak. Bulan Ramadhan pun dah terbau bau bila tengok biskut Dahlia.
And what I spot on is ... you memang 'Hantu Green Tea' ek? hahahahaha....

IeRA said...

Salam

Sedapnya...teringin lah pulak bila tgk creampuff tu. Nanti copy resepi ye. Semalam iera try biskut semperit...satu hari jer licin

IeRA said...

Salam

Sedapnya...teringin lah pulak bila tgk creampuff tu. Nanti copy resepi ye. Semalam iera try biskut semperit...satu hari jer licin

suhaina aji said...

you are making me drool over ur beautiful photos. this is my favourite and u have done it so well. beautiful photos as always

zila norazila said...

comelnye krim puff..llg2 ujn camne mmg best.

hazila said...

Rosdi Eunos thanka for the compliments. I memang dah jadi hantu green tea. tapi memang betul agak susah nak cari pisang nangka.

hazila said...

Ws IeRA. Senangkan nak buat biskut samperit tu.

hazila said...

suhaina aji thanks for the compliments. still a lot to do to improve either in baking and photography.

hazila said...

zila memang kecil je cream puff ni. kena cari nozel yg besar sikit.

Ayu said...

Assalam Hazila,
apa khabar orang disana..
lama tak bertandang dan tinggalkan jejak..harap sihat2 selalu..
gambar as usaul tetap maintain cantik2 belaka..:)

Iz Salim said...

Sy biasa buat cream puff ni.. puff tu sy buat macam donut.. guna bahan buat donut.. takyah bakar.. hehe.. goreng.. pastu sumbat custard.. hehe..

hazila said...

Iz Salim,

Oh boleh ye? Tentu ada kelainan sikit tapi bagus juga boleh pelbagaikan cara.

Iz Salim said...

Boleh jugak kak zila.. cuma tu cara org tak rajin la nk buat.. hihi.. sesuai jugak utk org yg takde oven nak buat kan.. boleh je buat puff guna adunan donut.. hehe

Zee Azy said...

saya memang suka cream puff...by the way...pinggan tu saya ada sebab ayah bagi..turun temurun katanya....