Wednesday, April 2, 2014

Tropical Smoothies with Strawberries and Chia Seeds



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ini saja saya baru diperkenalkan dengan Virgin Coconut Oil or VCO. Selalu tu saya cuma tahu mengenai Virgin Olive Oil or VOO. Ada seorang kawan lama yang mengamalkan pengambilan VCO 2 sudu makan setiap hari. Saya ada bertanya bagaimana dia consume VCO setiap hari, katanya samada terus diminum atau dicampurkan dalam minuman atau makanan. Rasanya masih ramai yang kurang mengetahui mengenai VCO ini.


Kebetulan masa saya tengah browsing mencari resepi smoothies, saya terjumpa beberapa resepi yang menggunakan VCO. Mulanya rasa macam, biar betul!!! Nak minum smoothies yang dicampur dengan minyak kelapa? Tetapi bila dah rasa, tiada rasa yang pelik dan anda pasti tidak tahu ada penggunaan minyak kelapa dalam minuman itu.

So kalau nak tahu apa kebaikan VCO bolehlah google....
Dan kalau nak tahu dimana boleh mendapatkan VCO, kebanyakan pasaraya besar ada menjualnya especially Organic Virgin Coconut Oil, even pharmacy ada menjual dalam bentuk tablet.



Okay berbalik pada resepi smoothies saya kali ini, saya google dari internet cuma saya lupa dari mana.


Tropical Smoothies with Strawberries and Chia Seeds.

Bahan bahan
  • 1/2 cawan Santan kelapa
  • 1/2 cawan Air kelapa
  • 1 cawan isi mangga
  • 1 cawan buah nenas
  • 1 cawan buah strawberry
  • 3 sudu makan Chia Seeds
  • 3 sudu makan Virgin Coconut Oil
  • 1 cup ice cube


Cara cara
  • Masukka semua bahan kecuali VCO ke dalam blender, kisar hingga halus.
  • Buka penutup blender, masukkan VCO perlahan lahan dan kisar semula.
  • Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.
  • Jika anda menggunakan frozen fruit, abaikan ice cube.
  • Jika suka boleh tambahkan 2 scoops protein powder.






7 comments :

Bbwana adienia said...

salam..

menggodanya smoothies tu..

adda syuhada said...

sedapnya...

afiqah adam malek said...

Minyak kelapa dara..sangat bagus untuk kesihatan,so many benefits.
Had try,and feel the goodness=)

hazila said...

Bbwana
WS. Smoothies selalunya memang menggoda especially waktu panas.

hazila said...

adda,
rasanya memang sedap, cubalah nanti.

hazila said...

afiqah adam malek,
Baru berkenalan dengan minyak kelapa dara.

By the way, nama bapa anda unik. Teringat pada arwah sepupu suami saya yang tinggal di Perlis juga bernama ADAM MALEK.

afiqah adam malek said...

Ya..saya la tu anak beliau,mak long..hihihi.