Monday, April 7, 2014

Blueberry Cheese Ice Cream





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Happy Monday Morning guys..... 
Hari ini kita jamu selera dengan homemade ice cream pula ya. Agak lama juga tak buat ice cream di rumah, kali ini saya buat ice cream tanpa menggunakan ice cream maker. Senang dan simple.

Memandangkan stok frozen bluberries saya masih banyak, so akan keluar beberapa menu berasaskan blueberry dalam My Small Kitchen.




Seperti biasa, resepi saya google dari internet. Walaupun digalakkan pemakanan yang sihat, sesekali terasa juga hendak menikmati keenakan ice cream dan cheese. Sudah lama teringin nak makan cheese cake tetapi agak malas nak membuatnya. So apa kata kita menikmati keenakan ice cream yang di tambah cheese di dalamnya...




Bahan bahan

100 gms frozen/fresh blueberries
100 gms gula pasir
10 ml jus lemon

100 gms gula pasir
5 biji telur kuning
500 gms cheese
300 ml susu segar

Cara caranya
1. Di dalam periuk kecil, masak blueberries, gula pasir dan jus lemon hingga menjadi pekat. Ketepikan.
2.Di dalam bekas yang lain, whisk gula pasir dan kuning telur hingga bertukar menjadi frothy/pale dan pekat.
3.Panaskan susu dan cheese di dalam periuk lain hingga suhu mendidih dan cheese cair.
4. Perlahan lahan tuang adunan cheese ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur dan kacau hingga sebati dan biarkan ia sejuk sebentar.
5.Kemudian masukkan blueberries yang telah dimasak bersama gula ke dalam adunan cheese dan telur. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan semalam.




14 comments :

nasa mulia said...

Salam, apa rasenye ice cream guna cheese, ada cam yang letak yogurt tak?

hazila said...

nasa mulia,

ia lebih kepada rasa non baked cheese cake rather than yogurt.

adda syuhada said...

sedapnya...

ummiaisyah said...

mcm kt kedai eskrem plak....hihihi...nk satu yea...dabel scoop...kiter tuko ngan roti loyang!!

zulaikha said...

salam...boleh sy tau guna cheese ape? cream cheese @ cheese cheddar biasa?

hazila said...

sedap, nak rasa?

hazila said...

ummiaisyah jgn kan 2 scoops, berscoops pun boleh.

hazila said...

waalaikumusalam Zulaikha. Saya gunakan Tatura cream cheese. Kalau modal besar bileh guna mascapone atau philadelphia cream cheese.

NFAM said...

salam sis. dlm bahan2 de telur? x hanyir ke? kalu x guna telur, boleh ke?

hazila said...

NFAM,

WS. Tak ada bau hanyir telur. Sebab telur sudah hampir masak bila kita tuangkan adunan cheese + susu yang panas ke dalam adunan telur dan gula. Tak tau pula bagaimana tekstur bila tanpa telur.

NFAM said...

okeh. tq sis. kalu rjin, nk try la..;)

fatin qurratuaini said...

gula pasir tu gula perang eh?

hazila said...

fatin,

ya gula pasir perang. Saya gunakan organic cane sugar.

syara said...

saya dah buat dah guna resepi ni tapi instead of guna fresh milk, saya guna strawberry milk. sedap sangat :) thanks for the recipe