Friday, April 25, 2014

Souffle Cheese Cake



Assalammualaikum dan Selamat hari Jumaat yang penuh barakah....

Mesti ramai yang suka sebab esok cuti!!!!!!!
Termasuk la saya. Siapa yang tak suka cuti? Ohhhh ada...

My  husband.

Ada orang suka pergi cuti cuti Malaysia, cuti cuti oversea, balik kampung, memancing atau yang tiada kena mengena dengan KERJA..

Tapi kalau tanya my husband apa yang paling you suka buat?

KERJA. 

Pendek dan tepat.

So he should WORK so that I can SHOP...



Agak lama terasa macam nak makan cheese cake. Ingat nak buat pumpkin cheese cake since masih ada balance labu dalam peti ais. Tapi tak beli biskut graham / oreo / marie untuk buat base cheese cake. Malas pula nak jadi Mc Gyver nak olah benda lain untuk gantikan base tu. So yang paling senang buat Souffle Cheese Cake yang melt in your mouth...

Sudah beberapa kali saya guna resepi yang sama. Sebab ia simple dan so far tidak mengecewakan.



Bahan bahan

125 gms cream cheese - kali ini saya guna brand Philadelphia
300 ml susu segar
80 gms butter
80 gms gula
80 gms tepung kek
3 biji telur
sedikit lemon jus

Cara cara
1. Masukkan cream cheese, butter dan susu ke dalam sauce pan dan panaskan dengan api perlahan sehingga semua bahan cair tetapi tidak mendidih. Ketepikan.
2. Masukkan kuning telur dan gula ke dalam mangkuk, pukul ringan dan perlahan lahan masukkan adunan cheese ke dalamnya sambil di kacau.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
4. Pukul putih telur bersama sama sedikit jus limau hingga kental.
6. Campurkan putih telur ke dalam adunan tadi dengan kaedah kaup balik.
7. Lapikkan tin kek dengan baking paper, gliskan dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Buang tepung yang berlebihan.
8. Tuang adunan ke dalam tin kek. Bakar didalam oven dengan kaedah water bath pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga lidi yang dicucuk di bahagian tengah kek keluar tanpa melekat.
9. Keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk sebentar dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.




10 comments :

Che Sall said...

Assalam...nampak sedap..serius terliur...lama tak baking...

dZana said...

Aslmkum hazila.. lama sudah akk tak bw sni.. tgok cheese cake dah terliur pulak.. dulu2 pernah buat n bantat.. terus fobia nk buat lgi.

Nasa Mulia said...

salam...esok saya kerja lagi, sedapnya kalau boleh mkan kek mcm ini petang karang...yummy yummy

Hafirdaus said...

Wow...sedapnya

Liza said...

mmmm sdapnyaa...

Rosdi Eunos said...

Nice... texturenya macam Japanese Cotton Cheesecake yang selalu saya buat time raya ...
kalau taruk dalam peti sejuk ni mesi habis sebiji sambil2 tengok tv

Rosdi Eunos said...

tergelak bila baca yang your hubby tanya 'buat roti lagi ke?' haha
remind me of the time that sometime bila tekak rasa nak makan satu satu benda tu .. kadang kadang dalam seminggu sampai dua tiga kali membuatnya ..
saya ni memang bermusim ... time nak makan puff hari hari ada jer nak mengerjakan .. cuma tukar filling jer ... kalau nak makan kuih talam pun sama ... adik beradik pun kadang pening .. biasanya dia orang akan cakap 'dia buat Dahhhh!!!'

Ismail N said...

Mesti sedap ni! :D

Suhaina said...

i want a big slice of this pure cheese cake..yumm

Sue said...

kaedah water bath tu mcmna eh.. tak penah buat. nmpk sedappp sgt je.. nk gak try...