Monday, October 13, 2014

Cucur Badak



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita sarapan dengan Cucur Badak. Inipun sebab ada lebihan kelapa parut dan ubi keledek Jepun dirumah. Dapatlah 8 ketul cucur badak yang saiznya tidaklah besar sangat.

Saya siapkan malam tadi dan sebelum ke tempat kerja boleh goreng buat sarapan dan bekal sekali.
 


Tiada sukatan tepat sebab bahan bahannya agak sedikit,malas pula nak timbang. Untuk dohnya cuma keledk yang telah direbus di adun dengan tepung gandum dan sedikit air.

Bahan bahan untuk inti / serunding kelapa
1/2 biji kelapa parut
2 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - dihiris dan direndam dalam air panas sebentar
4 ekor udang basah - ambil isinya
2 sudu makan udang kering - rendam dan tos
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh ketumbar *
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
Garam dan gula
Air secukupnya
Bahan bertanda * Goreng tanpa minyak sebentar.

Cara cara
1. Kisar halus semua bahan kecuali kelapa parut.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kelapa parut. Gaul sebati.
3. Masak serunding/inti kelapa hingga hampir kering dan sesuaikan rasa.Matikan api dan biarkan sejuk seketika.
 

Masih ada baki inti kelapa, kalau rajin nanti boleh buat pulut panggang pula.

Kalau rajin la kan.....


 

6 comments :

Cida de' Nuanza said...

sedapnya...
lg puas mkn cucur badak buatan sendiri kan...

hazila said...

Betul tu Cida, sebab intinya memainkan peranan penting dlm menentukan kesedapan cucur badak.

Umie Jazz said...

salah satu kuih kegemaran saya...buat sendiri berbaloikan hazila...

Amie said...

Zila... saya ni pantang kalo ad int cucur badak... tak cukup inti dalam badak tu, saya cicah lagi ke erundingnya he heheh

✿ pink velvet ✿ said...

alaaa lamenyer x makan cucur badak.. terliur~~ huhu

sudipVSsenduk said...

kuih kegemaran. Lemak, manis, garing di luar & pedas di dalam. Best!