Tuesday, October 28, 2014

Kitchen Garden



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari ini tiada entry masakan, saya gantikan dengan beberapa gambar pokok yang ada di Kebun Dapur saya yang sekangkang kera tu. Ada beberapa pokok asas untuk masakan seperti serai, kunyit, cili padi, cili besar, pokok kari, pokok limau purut, pokok kesum dan pokok daun kaduk.

 Pokok Delima yang sedang galak berbuah. Ada lebih kurang 10 biji dan masih berbunga dan berputik.


Antara pokok besar ialah mangga, delima, ciku, pokok nona dan yang paling tak tahan sekali ialah my husband beli anak pokok gajus. Saya dah cakap pokok tu besar mana sesuai tanam di dalam kawasan rumah yang sekangkang kera ni. Buat masa sekarang saya tanam di dalam pasu besar, rasanya nak pindahkan ke tepi padang. Oh ya, hari tu dia beli anak pokok lada hitam. Adoiiiii macam macam betul. Buat masa ini pokok tu masih hidup tapi entah boleh bertahan atau tidak.
 


Pokok kari ni selalu hampir tumbang sebab batangnya agak kecil untuk menampung berat daun yang banyak. So saya pacakkan besi dan ikat agar susah sikit nak tumbang bila dilanda hujan dan angin yang kuat. Selalu belek buang serangga yang makan daun.


Ini kali yang ke berapa saya tanam pokok kesum, selalunya berakhir dengan tragedi oktober.... Alhamdulillah kali ini ia hidup subur. Masa saya beli anak pokok tu kecil saja. My husband selalu tabur baja supaya cepat besar katanya.
 
Pokok Kunyit yang saya bawa dari kampung. Saya ambil anak pokok dan sekarang makin membesar. Saya ada 2 bekas pokok kunyit. So kalau nak masak rendang, separuh bahan dah jimat sebab boleh kutip dari kebun kecil, seperti serai, daun kunyit dan daun limau purut. Kadang kala kita hanya perlukan sedikit saja tetapi kalau beli selalunya dalam kuantiti yang agak banyak. So yang baki selalunya terbiar kering dalam peti ais. 

 

7 comments :

Wanda Noorma Salih said...

bestnya ada kebun! segar pokok2nya...

Unknown said...

Suka berkebun mcm ni...tanam daun kari, daun kunyit, cekur, macam2 lagi....rasa tenang bila tgk.

nini said...

cam best je bertanam kan...hihi

ameris said...

bestnya.. umah saya mmg xde tanah langsung dah. yg ada cuma pokok daun kari, daun pandan, daun kunyit je.

nak tgk laman kebun awk...

I am LZ said...

Assalamualaikum Haliza,

Segar betul pokok kari, daun kesum dan daun kunyit tu..

Saya ada tanam juga tapi tak mahu sihat. Daun kuning seperti hidup segan mati tak mahu..

Bila sihat sikit pokok tu mulalah belalang tumpang makan sekali. Tuan tanam belum menuai si belalang dah rasmikan.. Hampaaaa... :(

Rosdi Eunos said...

Geram pulak tengok daun kunyit tu .. subur betul ..
Rumah saya ni lamannya boleh tahan besar, tapi yg ada cuma daun pandan dan 3 jenis daun selasih je .. pokok lada tak hidup2 lagi ... haha

Unknown said...

Assalamualaikum Puan Hazila,
Saya pun dah byk kali cuba tanam pokok daun kesum..memang selalu berakhir dengan tragedi Oktober jugak.

Apa ye tips daun kesum puan subur..guna baja apa. Daun kari pun merimbun.