Friday, October 31, 2014

Pau Bentuk Landak & Bunga


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita jamu mata dengan entry berkenaan pau lagi. Semalam my husband request nak makan pau inti kacang merah dan inti kelapa manis. Aduhaiiii tamak betul, dua sekali dia nak makan. Inti kacang merah okay lah sebab dah memang ready made tapi inti kelapa manis nak kena buat dulu.

Memandangkan saya tidak perlu sediakan makan malam, so sementara my husband balik saya sempat sediakan pau yang saya bentuk seaakan akan landak dan bunga. Dah habis kerja nak buat la ni kan....
 
 Yang bentuk landak agak senang sikit sebab lepas bulatkan dan bentukkan sedikit lonjong, kita terus gunting dan lekatkan bijan hitam sebagai hiasan mata.


 Tetapi yang untuk membentuk bunga, sedikit tricky. Ini kerana bila doh sudah naik 1 kali ganda, kelopaknya agak mudah melekat di antara satu sama lain. So bila dikukus ia kelihatan agak "bloated". Next time kena cuba arrange kelopak bunga sebelum doh naik menjadi gebu.

Resepi sama seperti pau yang saya buat sebelum ini cuma kali ini saya guna campuran tepung Hong Kong. 


 

5 comments :

I am LZ said...

Assalamualaikum Hazila,

Salam kenal ^_^

Nape cute sangat pau tu? Sayang nak makan tau..

Saya suka blog Hazila dan sudah semestinya saya jadi follower.. Bila singgah blog ni perut kenyang terus lapar sebab gambar makanan tu sungguh sharp spt ada depan mata..

Anyway, all the best to you.. :-)

Rosdi Eunos said...

Another trick yang boleh di guna pakai untuk naikkan selera..
This one's so cool!

zila norazila said...

Salam k.zila sihat x?.lawa plk dh dbntukkn mcm tu kn..lg selera.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assamualaikum..
aduh.. comeinya pau bentuk landak tu.... menarik & tertarik... hehe..

MamaFaMi said...

Waahhh sangat schumel itu landaks! Macam nak buat je. Tapi kalau mama buat, mesti jadi landak debab! Hahahaha...