Monday, October 27, 2014

Tart Nenas


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiba tiba pula terasa nak makan tart nenas. Kebetulan semalam Ahad tidak kemana mana dan cuaca pula tidak begitu mengizinkan untuk buat aktiviti di luar. Apalagi menyelongkar apa yang ada didapur.

Sebenarnya saya beli inti nenas ini dalam bulan Ramadhan tempohari. Konon kononnya nak buat tart untuk hari raya la katanya.... Tetapi bila banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti hari raya, sampai terlupa langsung pasal inti nenas ni.

So semalam hasil menyelongkar, terjumpa inti nenas. Bila hujan dah reda, terus keluar cari butter.

Kali ini saya mencuba resepi dari Azie Kitchen. Puas jugalah nak siapkan satu tart nenas, maklumlah nak gunting satu per satu.


 Sekarang ni tak perlu tunggu hari lebaran untuk menikmati juadah seperti ini.

Bahan bahan
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200 gms butter
2 biji kuning telur
1/2 kg jem nenas (khas untuk inti)
Kuning telur - untuk glis

Cara cara
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula icing ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang dipotong dadu .
2. Ramas menggunakan jari hingga berderai, kemudian masukkan kuning telur dan adun menjadi doh. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 20 minit.
3. Sementara itu bulatkan inti nenas, keluarkan doh dan ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Isi inti dan tutup kembali. Kemaskan dan gunting seakan akan duri landak atau kulit nenas. Buat sehingga habis.
4. Sapukan kuning telur di atas permukaan tart nenas. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga warnanya menjadi keemasan/keperangan.





7 comments :

Cat Women said...

susah dah nak dapat org buat mcm (gunting / inti dalam) untuk jualan....

hazila said...

Patut la org jual agak mahal utk tart jenis ini. Seksa nak menggunting.

Cat Women said...

ya, leceh nak gunting....saya suka tart jenis ni...yg susahlah yg sedap :)

Azie said...

Hazila,
cantik cantik gambarnya. Saya memang suka melihat gambar gambar masakan yang cantik. seperti satu terapi. Mmg leceh sikit buat ni tapi saya suka sangat makan tart spt ini. sambil makan sambil tengok isi dalamnya. Ada elemen of surprise...

mamabeauty said...

i suka makan jer buat tak reti hehe.. selalu cuba doh siap bulih baling ke dinding.. *nanges*

Rosdi Eunos said...

Inti dia beli yang dah siap ker atau, buat sendiri?
Lama tak de peluang nak menjengah blog ... tapi bila dapat jengah tension pulak.. banyak betul makanan yang melelehkan air liur kat blog ni.

hazila said...

Eunos,
Saya beli inti yang dah siap. Pilih yg premium grade. Masa saya beli 1 kg RM7.80, berbaloi dari buat inti sendiri.