Wednesday, November 12, 2014

Roti Sarang Lebah

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Ya saya tahu...
Saya memang selalu ketinggalan keretapi. Orang lain dah lama buat saya baru nak sibuk cari resepi. Selalunya macam itulah... Bila menu itu tengah viral, saya akan tengok dari tepi padang dulu. Biar orang lain ramai ramai mencuba dan bila dah agak reda baru saya join the crowd.....

Ini pun dah kira derhaka pada resepi. Saya ambil resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam, kalau ikutkan bahan bahannya perlu ada yogurt atau buttermilk. Puas selongkar peti ais, tiada kelibat yogurt dan saya terlupa yang susu segar pun dah habis. Nak ke kedai malas pula, so improvised ikut bahan yang ada. Kalau tak jadi, duduk senyap senyap... 



Alhamdulillah it turns out just okay, nice and fluffy. My husband pun cakap lembut je rotinya.

Bahan Doh
2 cawan tepung roti - saya gunakan unbleached bread flour
1/2 sudu teh yis segera
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir - saya gunakan raw cane sugar
1/4 cawan plain yogurt/buttermilk - saya gantikan dengan whipping cream
1/4 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air suam - lebih kurang
Almond flakes dan Black sesame seeds untuk taburan.

Cara caranya
1.Larutkan yis di dalam sedikit air dan tambahkan gula dan sedikit tepung roti. Biarkan hingga ia berbuih.
2.Di dalam mangkuk adunan/mixer, campurkan garam, tepung roti,bakong powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan. Uli dengan mixer hingga tidak melekat di tangan anggaran 30 minit.
4. Tutup dengan kitchen towel yang lembab. Biarkan ia naik 1 kali ganda. Keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagiakan adunan sama berat dan bulatkan. Susun di dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi.
6.Panaskan oven pada suhu 150C, bila oven sudah betul betul panas baru masukkan doh dan bakar hingga masak.
7. Memandangkan saya tiada pilihan untuk menggunakan api atas atau bawah saja, jadi saya pasangkan kipas. Anggaran masa untuk masak lebih kurang 40 minit.
 

Sos Butterscotch

Bahan bahan
1/2 cawan brown sugar - saya gantikan dengan raw cane sugar
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila
25 gms butter

Cara cara
1.Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan gula kacau selalu sehingga gula cair sepenuhnya.
2. Tuangkan whipping cream perlahan lahan sambil mengacau. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. Matikan api dan tuang di dalam bekas tahan panas.
3. Selepas roti masak, tuangkan sos butterscotch ke atasnya.
 

10 comments :

Liza said...

roti ni mmg sedap zila, anak2 Liza tak puas2 makan..

Rosdi Eunos said...

kalau Hazila tertinggal keretapi, saya pulak tertinggal sampan .. haha.. seriously baru first time nampak .. kebetulan pulak semalm baru jer buat sweet bun ... baru jer nak menaip entrynya

mrs.smile said...

dah banyak kali nampak roti nie..tapi belum sekali pun merasa lagi.

Gee® said...

Haisy... tertinggal ketapi la pulak... k.gee langsung tak beli tiket ketapi pon lagi... asik2 tgk orang jer buat sarang lebah... terlior usah cakap laaa... tp tak ada kesempatan lagi... sedap jer nmpk roti tu Zila...

mamabeauty said...

x jauh tertinggal pun..

until now belum berkesempatan merasa roti ni..

lia ummiirfan said...

hihi.. saya lagi ketinggalan keta
i kott.. tak penah rasa lagi roti ni..hihi..

kakyon said...

Bukan setakat ketingalan ketapi Zila..tiket pun belum rasa nak beli..hihi. Tapi bila tengok Zila punya roti..membuak- buakrasa ingin nak mencuba..

zila norazila said...

kita pun kak tgok jew..nk try enth bila lh..ha haa

MamaFaMi said...

Mama pun sama dengan Zila.. Bila tengah viral, kita step back dan tengok je orang berlumba lumba buat. I always said to myself, tak pe tak pe, take it easy. Nanti one fine day, mama buat. Ha ah, ye la tu... ada resepi viral yang sampai sekarang pun tak buat buat! Hahaha....

Tapi roti ni mama dah buat dah. Memang lembut. Tapi dohnya sangat lembut dan kurang sesuai dengan tangan mama yang panas. Takes time nak dapat shape yang elok. Tapi alhamdulillah worth all the effort. Sedap roti ni... dan seperti biasa, gambar yang Zila snap, sangatlah mantops!

ummiaisyah said...

zzzzz..lebah datang nk balik ke srang...jaga-jaga..hihihi