Monday, November 17, 2014

Swedish Meatballs



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Sudah memasuki minggu ketiga bulan November dan hujung minggu nanti cuti sekolah yang panjang akan bermula. Memandangkan sekarang sudah banyak tempat dinaiki air, so harap ibubapa supaya lebih perihatin kepada keselamatan anak anak. Maklumlah namapun kanak kanak, kalau nampak air tu seronok sangat sampai terlupa kemungkinan bahaya yang menanti.Kalau perlu tangguhkan dulu bercuti ke tempat tempat yang dikhuatiri tahap keselamatannya.

Dah rasa macam mak nenek pula kan,sekadar ingat mengingati di antara satu sama lain. Memang la walau dimana mana pun kalau sudah ditakdirkan musibah melanda, tidak boleh mengelak juga. Tapi berhati hati lebih baik kan...

 


Hari ini saya kongsikan menu Swedish Meatballs. Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke IKEA, namun belum pernah sekali saya menikmati Swedish Meatballs yang menjadi bualan ramai. Selalunya cafe penuh dan bersesak dengan orang ramai. So memang tengok dari jauh je lah kan...

Memandangkan mood rajin yang agak tinggi, saya google mencari resepi bagaimana untuk menyediakan menu ini. Memandangkan saya tidak pernah merasa meatballs di IKEA maka saya tidak dapat menyatakan samada ia sama atau tidak.

Memandangkan resepi asal menggunakan daging khinzir, kita boleh gantikan dengan daging ayam atau gunakan saja daging lembu sepenuhnya. 

SWEDISH MEATBALLS
sources: http://supergoldenbakers 




 

5 comments :

Bbwana adienia said...

Nyum2..nmpk menggoda meatball tu..

Rosdi Eunos said...

Saya pernah juga rasa meatball di IKEA .. guarantee lain dari yang Hazila masak! Hehe .. sebab meatball kat sana sauce nyer merah (ada rasa thyme oregano). Tapi kalau tengok texture dan gaya, rasanya yang Hazila buat jauh lagi sedap daripada yang IKEA punya kot?! Bukan nak membodek, tapi kalau tengok ingredients dia pun dah
boleh rasa kat tastebud ni hah

Honey said...

Salam Kak Hazila,


Sedapnya! Dulu saya pernah buat sekali aje haha. Lepas tu dah malas dah nak buat kikiki.

rostina76 said...

cam sedap je ni…..

mamabeauty said...

tengok gambar pun dah meleleh air lior ni..

thanks for the resipi tu