Wednesday, July 21, 2010

Ketam Rebus Serai

Dah lama tak masak main dish kan. My husband pun dah menyuarakan hasratnya nak makan masakan dari air tangan isterinya yang lazat ni...( sila jangan muntah hijo ye...). So first dish yang dia mintak ialah ketam rebus serai yang simple ni. Senang bangat dong, semua bahan masukkan dalam periuk dan masak. Akak memang suka kalau masak yang senang senang cam ni. Dah pernah buat banyak kali, kalau nak intai resepi boleh check kat label ketam ye. Resepi ni saya agak agak je, ikut sedap tangan saya. Boleh tambah dan kurangkan ikut kesesuaian masing masing.

Bahan bahan

1 ekor ketam
1 batang serai - diketuk
1 cili hijau - dihiris serong
1 cili merah - dihiris serong
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 keping asam gelugor
1 inci halia - di hiris nipis
1/2 inci kunyit hidup - dihiris nipis / atau boleh gunakan serbuk kunyit
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih, halia hingga wangi.
2. Masukkan air anggaran 1/2 cawan. Masukkan asam keping, kunyit dan serai.
3. Masukkan ketam dan gaul rata, Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih dan ketam masak. Angkat dan olehlah dihidang.

4 comments :

Watierman said...

Salam Dik Zila...wah menu ketam ya!! Akak tak pandai makan ketam...tapi kalau ada yang kopekkan..bisa aje!! Zila sihat ke??

pB said...

Salam


anak anak dara pB suka makan ketam nie

tapi lepas tu mengadu


gatallllllllll

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam zila...lama tak makan ketam...bestnya....

CeqGu said...

try tilik2 resepi ketam ni kat label ketam...tapi tak jumpa pun resepinya...kalau boleh tempek la sekali lagi ye resepi ketam ni...terliur ler:)