Thursday, March 22, 2012

Asam Pedas Ikan Senangin


Salam semua,


Sekejap saja dah masuk hari Khamis. Tambahan kalau sibuk dengan tugas seharian samada di tempat kerja ataupun menguruskan rumah tangga. Macam dialogue dalam Labu Labi, "Selagi belum tutup mata, kerja kerja  kerja....."


Semalam bila BW rumah kak Gee dan Madihaa nampak diorang sajikan dengan menu Asam Pedas. Bezanya kak Gee dengan Asam Pedas Ayam dan Madiha dengan Asam Pedas Pari. Aduhai saya yang tengok dari skrin komputer pun dah terasa rasa kat lidah. Asam pedas ni memanglah antara menu kesukaan saya. Tapi saya memang prefer guna ikan berbanding ayam atau daging.


Kebetulan kat peti ais hanya ada ikan senangin yang bersaiz agak kecil. Jadi saya cuma beli terung bulat kecil dan bunga kantan sebelum balik rumah.

Kali ini saya nak cuba asam pedas resepi kak Anymz yang saya ambil dari rumah Madiha.

Bahan bahan
2 ekor ikan senangin - bersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit
5 biji terung hijau bulat kecil - belah 2 dan rendam dalam air sejuk
15 tangkai cili kering *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai *
2 cm kunyit hidup *
Sedikit belacan *
Daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan garam dan kiub pati ikan bilis. masukkan juga air asam jawa. Biarkan seketika, kemudian masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan terung dan renihkan dengan api sederhana hingga terung lembut dan matikan api.



Bila tengok gambar ni, rasa macam nak makan nasi la pulak........

11 comments :

Watierman said...

Assalam Dik Zila...ermmm dapnya!!! menjilat bibir....diet Akak for this week tak leh ambik nasi...ambik ikan boleh....Akak cubit sikit ye!!!

Chah said...

Aiseh...sekor je ker? Bih tu kami dtg bwk pinggan kosong ni cemana citer? Kena godek sendiri ek? Uhukhuk... Pun antara kesukaan saya...tuang kuah byk2 wat banjir...pergh!!

sudipVSsenduk said...

suka asam pedas ikan pari buatan org Johor.. terangkat

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

eh eh.. terliur betul2 rupanya yer.. hehehe... ni memang betul2 peminat asam pedas.... samalah mcm kita juga bila dah rasa terliur sgt.. mesti masak jugak... mmg sedap asam pedas tak pernah jemu kan...

Mas said...

perhhhh...tangkap leleh tengok asam pedas tu.....
suka sangat....

quinnie said...

dah lama saya tak masak asam pedas kak...sedapnya tengok..:)

quinnie said...
This comment has been removed by the author.
Kamalia said...

salam kak zila..betul,saya tengok gambar tu terus terliur dan nak makan je gambar ni...
saya memang tak terel sungguh nak masak asam pedas ni..kalau ada org buat entry pasal lauk mcm ni mesti datang tengok punya..dapat tengok gambar pun jadila..huhu

Qasey Honey said...

molek betulll tgk ikan tu dalm mangkuk comell...nmpk myelerakan..mmg suka mkn asam pedas ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam hazila..tgk gambar pon dah terasa2 masam2..pedas2 kat lidah.hihihi

Zalia said...

ehem2... best2 asam pedas. Peberet org melaka :)