Monday, November 3, 2014

Hong Kong Egg Tart

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga Hong Kong Egg Tart ni masuk dalam senarai wishlist. Tetapi asyik bertangguh dari sehari ke sehari. Bukan apa, kadang kala teringin nak buat benda lain atau ada request untuk menu tertentu. So kalau kebetulan ke bakery dan ada dijual terus beli saja.

Tetapi semalam mood untuk mencuba sendiri begitu tinggi, so google cari resepi di internet. Seperti biasa, saya cari resepi yang paling simple dulu. Ialah kalau banyak sangat bahan yang hendak digunakan, bagaimana kalau tidak menjadi? So perlu diambil kira juga factor begitu.


Resepi ini menghasilkan 6 biji tart yang standard size seperti dijual di kedai bakery.
So kalau keluarga tidak ramai boleh mencuba satu adunan dulu. Then bila dah rasa, baru kita boleh adjust ikut apa yang kurang dan terlebih pada lidah kita.
 
Saya sediakan bahannya selepas selesai menyediakan makan tengahari, so egg tart siap untuk disajikan sebagai menu minum petang. Fresh from oven.
 

 Resepi dari blog annieliciousfood.

Hong Kong Style Egg Tart
Menghasilkan 6 pcs bersaiz 9cm

Bahan bahan

Untuk pastry
140 gms tepung serbaguna
1 sudu besar gula icing
1 biji kuning telur
1/2 biji putih telur
75 gms salted butter ( jgn guna margerine kerana texturenya tidak akan sama )

Untuk Filling
75 gms gula castor
75 ml air panas
2 biji telur bersaiz besar
125 ml susu segar
1/4 sudu teh perasa vanilla
secubit garam

Cara cara
1. Mula mula sediakan doh untuk pastri. Pukul butter bersama sama gula icing hingga kembang. Kemudian masukkan kuning dan putih telur. Pukul lagi, masukkan tepung dan adun menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 -15 minit.
2. Keluarkan doh, bahagikan doh kepada 6 bahagian atau bergantung pada saiz acuan tart yang anda gunakan.
3. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan rolling pin. Kemudian letak di dalam acuan tart. Tekan doh supaya memenuhi acuan tart. Perapikan bahagian atas acuan tart. Buat sehingga selesai kemudian simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Sediakan Filling
1. Bancuh gula bersama air panas dan kacau hingga larut. Ketepikan supaya ia sejuk
2. Pukul ringan telur bersama sama dengan susu segar, vanilla essence dan garam.
3. Kemudian masukkan air gula tadi dan kacau rata. Kemudian tapis sekurang kurangnya 2 kali untuk mendapatkan tart yang licin.
4. Panaskan oven pada suhu 180C, keluarkan tart shell dan perlahan lahan tuang filling ke dalam tart shell.
5. Bakar tart di dalam oven yang di "ON" kipas selama lebih kurang 25 minit atau sehingga filling "set".

*** Boleh tambahkan beberapa titis pewarna kuning telur jika mahu warna kuning yang menyerlah.




4 comments :

MamaFaMi said...

Mama pun teringin nak makan egg tart, tapi tak terbuat buat. Ni tadi, dah tertoya toya nak salin resepi... sekali tu kena tarik handbrake... rupanya resepi akan update kemudian. Tak pe, daku sabar menanti... ahaks...

JaSSNaNi said...

sedapnya.. dulu pernah wat juga.. dah lama tak wat ni.. feveret anak2.. boleh copy and print resepi.. tq sis.. :)

mamabeauty said...

memang suka egg tart.. *suka beli je lah so far*..

tengok bahan2 mcm mudah jer kan.. inysaAllah boleh cuba..

thanks for sharing

Unknown said...

Thanks for resepi kak..

Kita selalu wat pakai puff pastry - kawan yang dah siap jerk tu. Nanti boleh le try wat kulit nyer sendiri