Rasanya ramai yg dah tahu macam mana nak masak ayam masak kicap ni. Tapi takpelah, lain org lain caranya. So yg ni ayam masak kicap my style.
Bahan bahan
1/2 kg ayam ( dipotong kecil dan dibersihkan)
2 cm halia ( dihiris nipis)
2 biji bawang putih ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah ( dimayang )
1 biji bawang besar ( dihiris nipis )
2 biji cili merah/hijau
1 batang serai ( dititik )
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
Sedikit cili kisar
Kicap pekat
Asam Keping
Cara cara
Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian digoreng sebentar. (1/2 masak), ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan halia,bawang putih,bawang merah, bawang besar, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Masukkan cili kisar , cili besar dan serai. Tumis seketika.
Setelah naik bau, masukkan ayam serta kicap pekat.Kemudian masukkan sedikit air mengikut kepekatan yg dikehendaki. Masukkan asam keping.
Biarkan seketika, rasa, kalau perlu tambahkan perasa.
Bila sudah masak bolehlah dihidangkan.
No comments :
Post a Comment