Friday, March 14, 2008

Puding Jagung


Since malam tadi no hurry to cook dinner, sempat buat puding jagung ni. En. suami suka kuih ni.
Saya ambil resepi ni dari Majalah Saji.
Bahan-Bahan
120 g gula
120g tepung kastad
1 cawan santan
sedikit esen vanila
3 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin jagung manis
Cara-caranya
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan tepung kastad, santan dan susu sejat.
3) Masukkan esen vanila dan jagung.
4) Masak campuran ini sehingga masak dan berkilat.
5) Kemudian masukkan kedalam loyang empat segi dan biarkan sehingga sejuk.
6) Selepas itu bolehlah di potong dan di hidangkan.

No comments :