Petang semalam jalan jalan kat MyR. Nampak resepi Crumbed Baked Chicken by Lemongrass. Rasa macam nak cuba juga. So kita pun cubalah. Hasilnya tak mengecewakan. Rasanya seakan akan KFC tu. Anyway due to insufficient time dan lapar sangat kita fried instead of baked. Sorry ye yg empunya resepi.
1 kg ayam, dipotong 8-12 keping. (boleh juga jika digantikan dgn kepak atau drumstick)
100 grams cornflakes crumbs (meggunakan grinder, grind cornflakes tapi jgn sehingga hancur habis)
2 sudu teh stock ayam serbuk (contohnya Knorr)
1 1/4 sudu teh serbuk ketumbar / coriander
1/4 sudu teh dried mixed herbs/ oregano/ parsley
2 sudu besar minyak
Cara-cara
Panaskan oven 190ÂșC.
Lapik baking tray dgn baking paper.
Campurkan cornflakes crumbs, stock ayam, serbuk ketumbar dan dried herbs di dalam mangkuk yg sederhana saiznya dan gaul sehingga sebati
Sapukan sedikit minyak ke setiap kepingan ayam menggunakan pastry brush. (pastikan semua bahagian ayam diselaputi minyak supaya crumbs boleh melekat )
Letak kepingan ayam satu demi satu ke dalam mangkuk yg berisi campuran cornflakes tadi dan salut semua permukaan ayam dgn crumb mixture itu.
Letak atas tray dan bakar lebih kurang 40-50 minit bergantung kepada saiz kepingan ayam.
Selepas 30 minit, balik kan ayam di dalam oven supaya permukaan sebelah menjadi golden brown juga.
Bakar sehingga kuning keemasan
Sedap di makan dengan sos cili thai.
No comments :
Post a Comment