Monday, March 24, 2008

Daging Hitam Manis

Masak ni masa lunch semalam. Since en. suami takde kat rumah, bolehlah cuba pelbagai resepi. Ni saya ambil resepi Del kat MyR. Tapi tak berapa hitam, mungkin saya letak kicap sikit kot. Anyway resepinya ada kat bawah.


Bahan-bahan ( 4 Orang )
1/2 kilo daging (dipotong kiub)
5 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
6 sudu besar sos tiram
10 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar sos cili
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
15 tangkai cili kering (kisar)
1 labu bawang besar (potong bulat)
Minyak utk menumis
Garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa.
Cara-cara
Kisar bawan merah, bawang putih, halia,sos tiram, kicap pekat, sos cili dan cili kering bersama sedikit air dan sedikit minyak.
Panaskan kuali.Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari terlebih dahulu hingga harum.Kemudian masukkan bahan kisar tadi.Masak hingga mendidih di atas api sederhana.
Masukkan daging.Dan masak sehingga daging betul betul empuk.Masukkan garam, gula dan serbuk MSG secukup rasa dan masak lagi.Masukkan bawang besar.Jika pekat boleh ditambahkan air.Bolehlah dihidangkan.

No comments :