Masak ni masa last night dinner. Teringat hari tu pergi pasar jumpa rebung dengan tulang lembu. Lama tak makan ni. So since yesterday did not cooked for dinner, apa salahnya masak gulai ni pulak.
Bahan bahan
1/2 kg tulang lembu ( direbus sehingga empuk)
150 ml santan pekat ( 1 kotak )
Bahan A
3 ulas bawang merah ( dimayang halus )
2 ulas bawang putih ( dimayang halus )
2 cm halia ( diracik halus )
1 biji bawang besar ( dihiris nipis )
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 paket serbuk kari
3 batang rebung ( di potong pendek )
2 biji cili besar ( merah / hijau )
Perasa
Cara- cara
Panaskan minyak, tumis Bahan A sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan sedikit stok dari rebusan tulang tadi. Masukkan daun kari.
Masakkan sehingga naik minyak. Kemudian masukkan santan dan stok rebusan tulang tadi. Jangan masukkan semua, bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki. Masukkan tulang dan rebung.
Masak buat seketika, masukkan perasa ( garam / aji ). Masukkan cili besar.
Rebung sebenarnya sudah dijeruk, jadi kalau perlu tambahkan asam keping/asam jawa.
Biarkan mendidih buat seketika, masak bolehlah dihidangkan.
No comments :
Post a Comment