Tuesday, March 18, 2008

Pajeri Terung

Pajeri Terung, menu malam tadi. Dah lama teringin nak buat tapi tak berkesempatan. Maklumlah byk benar resepi yang nak dicuba. Resepi ni saya ambil dari MyR.


Bahan-bahan

3 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
minyak untuk menumis
3-4 biji belimbing buluh(optional)
3-4 biji lada hijau(optional)
1/4 keping gula melaka
garam secukup rasa

Cara-cara

Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.
Kalau suka boleh tambah kerisik sikit.
Selamat mencuba.

1 comment :

kayteeze2 said...

Salam ,

Kak tie tulis link hazila ni di blog kak tie sebab ada pengunjung mintak resepi pajeri terung... kak tie salin resepinya sekali. Harap Hazila halalkan, ya... Terima kasih.