Friday, May 15, 2009

Kerabu Bihun


Resepi ni saya ambil dari buku masakan Mee dan Mihun by Shiela Rusly. Saje nak cuba sebab dalam gambar tu nampak cam menarik dan menyelerakan pulak. Tapi memang sedap pun ( according to my tekak).

Bahan Bahan

Bihun - dicelur
Udang kering - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Bunga kantan
Cili merah
Bawang merah
Daun ketumbar
Daun pudina
Timun - dibuang isi tengah dan diparut
Pes tomyam
Garam jika perlu/ saya letak kicap sotong
Limau kasturi

Cara cara
  • Bawang merah dimayang halus, bunga kantan juga dihiris halus. Ketepikan.
  • Masukkan pes tomyam ke dalam bekas yang agak besar, kemudian masukkan bawang merah, bunga kantan, timun yang telah diparut, cili merah yang telah dihiris nipis dan udang kering yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk.
  • Gaul rata kemudian masukkan bihun yang telah dicelur tadi. Gaul dan masukkan kicap sotong, perahan limau kasturi. Gaul biar sekata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan pudina sebagai hiasan.
  • Sedap juga kalau dimakan begitu saja. Kalau suka pedas boleh tambahkan hirisan cili padi.

4 comments :

cikmanggis said...

kerabu bihun..wah,lain dari yang lain nih..kena cuba..

hazila said...

Memang rasanya lain sikit. Sedap.

kucingorengemok said...

alamak, tapi ada daun ketumbar... saya ngeri dgn daun ketumbar, rasa mcm kumbang, hehe, bila saya mkn kumbang tak tau la :)

hazila said...

hahahaha.....kelakar la pulak. Memang bau dia semacam jer. Takpe tu boleh omit kalau tak suka.