Thursday, May 14, 2009

Siakap Goreng Bercili & Mangga


Ikan siakap lagi kan......, sampai dah tak tau nak masak apa. Jadi semalam belek belek majalah RASA ada satu resepi yang simple dan semua bahan ada kat rumah. Sedap gak, kira tak rugi mencuba.

Bahan Bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 camca besar sos cili thai
1 biji mangga muda - diparut
Sedikit lobak merah - diparut
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Sedikit air
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis

Cara cara
  • Ikan siakap dicuci bersih dan diletak garam kunyit dan digoreng garing. Ketepikan.
  • Bawang putih dikisar lumat dan cili padi di hiris nipis.
  • Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau, masukkan sos cili thai dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  • Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.
  • Gaulkan mangga muda,lobak merah dan bawang besar. Letakkan diatas ikan dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
  • Sedap dinikmati dengan nasi panas.

2 comments :

kak ina kl said...

salam..nanti bolehlah cuba resepi ni.cuma yang tak sos ikan..tak boleh tahanlah bau dia..dulu pernah beli..akak buang..ada alternatif lain tak?

hazila said...

Tak letak pun tak kak ina.