Tuesday, May 26, 2009

Go Green......

Antara tanaman baru kat rumah saya.


Saya ada 2 jenis sweet basil, satu yang di atas satu lagi tak ambil gambar pulak, yang itu daunnya agak lebar dan bulat sikit compare dengan yg di atas.

Begitu juga dengan Sage, saya ada 2 jenis, 1 yang kat atas daunnya sedikit lebar manakala yang dibawah daunya lurus dan runcing.


Yang ini pula pokok Bunga Telang yang bunganya berwarna biru dan digunakan untuk buat nasi kerabu dan beberapa masakan cina, baba & nyonya seperti pulut tai tai. Pernah berbunga sekali dan sudah berbuah dan mempunyai biji benih. Saya ada beberapa pokok lain seperti Dill dan thyme. Tapi pokok tyhme ni susah sikit nak hidup dan agak kecil lagi.

9 comments :

Eiba said...

Aiiyyyaakkk...jeless nyaa...gebu2 pokok tu...ni yang makin semangat nak tanam2 kat rumah...walau susahnya nak jadik!!!

Huhuhuhuhu..sesungguhnya mencabar tengok pokok nie... Eiba nak tanam terung!!!!

hazila said...

Saya pun ada pokok terung, cili besar dan cili padi. Tapi terung bila berbuah, belum sempat besar dah gugur.

Abbot Cottage said...

Cantik subur pokok-pokok herba kak hazila. Kat mana ek kak hazila beli biji benih? Ataupun beli anak pokok? Nak carik nih....lama dah carik pokok-pokok ni.

jus call me ida.. said...

mmm.. nak basil tu petik ajer...waa subur betul.. i ada satu ajer pokok dalam pasu, limau purut... pokok cili belakang umah asik kene serang ulat putih tu ajer.. pokok ajer besar tapi buah takder.. pastu ada pokok yg org buat kerabu..tapi tak tahu namanya apa.. tanam tapi tak penah guner pun.. kak zila tau tak pokok aper?? nanti ada masa i amik gambo..

hazila said...

Abbot Cottage,
Sesetengah biji benih ada jual kat pasaraya. Kalau nak cari anak pokok boleh cari kat nursery yang jual pokok pokok bunga tu.

hazila said...

Saya ada pokok limau purut tapi gonjeng dikerjakan ulat. Tension makcik dibuatnya. Nanti ambil gambar bolehlah tengok pokok apa itu...

cikmanggis said...

salam..wah..cikmanggis ada benih belum tabur lagi..senang ke jaganya pokok pokok ni!..teruja...

Hasila said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hazila said...

CM, sesetengah pokok senang nak dijaga tapi pokok kesum saya hidup segan mati tak mau.