Wednesday, June 23, 2010

Kiwi-Grape Spritzer Dan Luahan Perasaan.

Oh ya, hari ni saya buat Kiwi-Grape Spritzer. Senang je, campur semua, blend, tuang dalam gelas dan "Kita Minum Dulu!!!!!!"
Ermmmm.......hari ni saya emosi sikit.Hati saya tengah menanah dan membusuk sebab geramkan suami adik saya yang MALAS KERJA. Dah la malas kerja, menyusahkan orang lain termasuk la saya.Bila sesak je, tak kira masa call nak pinjam duit. Apa, dia ingat saya ni kerjanya cop duit ke? Ingat BANK NEGARA tu saya yang punya ke? Dia memang tak tau malu, dengan my parents pun dia boleh mintak duit. Apa yang dia tau BUAT ANAK je, tapi tak tau nak cari duit nak besarkan anank anaknya yang 4 orang tu. Saya memang tengah geram, tersangat sangat geram. Tambah geram bila tau dia suka naik tangan kat badan adik saya.

Semalam, adik saya call nak pinjam duit, bukan pertama kali tapi dah tak terkira banyak kali.Sudahlah pinjam, bayarnya payah sekali sebab semuanya adik perempuan saya yang kena tanggung. Hutang lama tak berbayar, dah nak menambah hutang baru. Saya bukanlah kedekut atau terlalu berkira, tapi kalau duit segunung, ditarah lama lama pun habis juga. Tadi adik saya mengaku yang selalunya terpaksa ikat perut sebab tak cukup duit. Saya sedih sangat sebab saya kat sini makan sampai tak ingat dunia.

Tapi sampai bila saya nak bantu? Sebab selagi di bantu, selagi itulah suaminya tak ada rasa tanggungjawab. Dia akan fikir, apa susah, kalau sesak call saja kakak ipar atau my parents, mesti diorang tolong. Jadi saya selalu serba salah, tak bantu kesiankan adik dan anak anak sedara tapi bila mengenangkan suaminya, buat saya terfikir nak humban dia dalam laut.......

Fuhhhhh!!!!!!.....selesai sudah sessi luahan perasaan, berbalik pada menu hari ni.
Bahan bahan
1 biji buah Kiwi Hijau - dipotong saiz yang sesuai
1 cawan grapes - dibuang biji
1/2 cawan air soda
2 sudu makan madu
1/2 cawan air masak

Cara cara

1. Campurkan semua bahan di dalam blender kecuali air soda. Kisar hingga hancur.
2. Masukkan air soda ke dalam gelas tinggi dan tuang campuran jus yang telah dikisar tadi.
3. Kacau rata, jika suka boleh letak ais kiub. Sedia untuk dinikmati.

9 comments :

ijayuji said...

Salam kak zila! sama masalah lah kak kita ni tp skrg tak tahu citer sgt sbb dah malas nak ambik kisah sib baik kita jauh tp jauh2 pun yg jd mangsa mak ayah kita lah pulak huhuhu.. akak masih baik hati lg nak humban dlm laut kalau kita tak de nyer rasa cam nak sumbat dlm lobang gunung berapi huh!.. btw air tu sedap! kiwi kita pun byk sgt lagi tu :D

K.Nor said...

hazila.. sebelum tu terasa nak gelak.. jgn marah tau sbb tengah2 syok baca luahan hati yg meruap2 tu.. tup2 citer abis.. terus balik pd resipi hihihi

dah banyak kes yg camni kan, mmg org cam tu suka amik kesempatan. kita gak yg tersepit, ditelan mati emak diluah mati bapak. tak tulun kesian adik dan anak2 sdara kan.. mudah2an dibukakan hati dan diberi petunjuk pd adik ipar hazila tu. agar dpt berubah ke arah kebaikan.

Azita Zain said...

salam zila,
ingatkan dah tak de resepi tadi...!

kes cam gini mmg byk dan mcm2 versi. mmg menyakitkan hati tp kesian pun ada. kesian pd adik sendiri tp pd si ipar tu...x tau nk ckp camana. moga dia mendapat petunjuk dariNya...

PINATBATE said...

salam..
semuga air yg sedap tu dpt melegakan sedikit kepanasan hati..
namun masalah mesti diselesaikan..mungkin perlu cari orang yg disegani oleh adik ipar tu utk menasihatinya..contohnya keluarga/adik beradik dia sendiri..atau your parents slow talk dgn dia..? kesian anak-anak sedara dan adik you Zila..Semuga Allah memudahkan segala urusan.

Jun said...

sabo hazila...mmg gerem kan...susah la nk bg komen sbb mmg tau mcm mana perasaan tu...x pasai2 kita lak yg sakit jiwa..heeee

kucingorengemok said...

hmm, banyak dengar cerita lelaki macam tu... part naik tangan tu paling tak syok!

harap² hati dah sejuk ye :)

Wanieyra said...

salam zila, bila terbaca cerita zila teringatlah kes ni sama je dgn kak ipar ira (kakak HB), mcm tulah suaminya tak de keje tetap so kakak ipar selalulah dok pinjam duit dgn family2nya yg lain. Bukannya sekali dua tp dari anak satu sampai anak lapan mcm tulah...... ira dgr je sbb bukan kakak kita.....

MamaFaMi said...

Kalaulah mereka terus-terusan berusaha tetapi masih juga kesempitan, diorang tak yah mintak tolong pun kita akan teruja nak menghulur pertolongan kan Zila. Tapi kalau asyik nak menadah je... bukan kata kesian, takut naik menyampah pulak... part naik tangan tu yang rasa nak hot tu! Sib baik ada air buat penyejuk!

Lovely Kitchen said...

klu dh sampai naik tgn ni mmg E-na cukup tak berkenan...klu nk tnjuk hero bkn isteri lawannya!

simpati dgn nasib adik akak, ye lah nasib n rezki masing2 tak sama...semoga Allah beri kesedaran pada suaminya utk berubah.