Wednesday, December 22, 2010

Kek Alunan Kasih


Dah agak lama dok perhatikan dalam Kongsi Resepi, Ramai yang teruja memcuba Kek Alunan Kasih ni. Cantik cantik corak alunan kasih yg diorang buat. Saya pun teringin nak mencuba juga, tapi tak berapa nak menjadi alunannya tu. Susah juga nak control supaya serbuk koko tu tak "lari".

Bahan bahan
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan susu cair
1 cawan butter
2 cawan gula pasir ( saya guna 1 1/2 cawan )
1 sudu teh baking powder
Esen Vanilla
Serbuk koko secukupnya
Pewarna

Cara cara
1. Pukul Butter bersama gula pasir hingga gebu, masukkan telur satu persatu bersama dengan esen vanilla.
2. Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu cair hingga habis.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian diletak pewarna kuning dan 2 bahagian dengan pewarna merah.
4. Tuang 1 bahagian pewarna merah, tapis serbuk koko sehingga menutupi permukaan adunan merah tadi.
5. Tuang adunan kuning, tapis serbuk koko dan diakhiri dengan bahagian akhir adunan berwarna merah.
6. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 darjah celcius sehingga masak.

Yang ni gambar selepas dipotong untuk dijadikan model.

6 comments :

♥ manje ♥ said...

salam

nmpk cantik alunan kuning tu...
suke (^_^) ! ~

Nieza said...

salam hazila...wah cantik dan menjadi la tu...saya pun dah try buat dah kek ni sedap!..:)

Mimiey.. (^-^) said...

wahhh, kak zila pun dah buat..mie je yang dok tengok dari jauh lagi...mintak 3 keping akak ye...

hazila said...

Manje,

WS, thanks.

hazila said...

Nieza,

Itulah tengok ramai dah buat, nampak cam cantik terus teruja nak buat.

hazila said...

Mimiey,
Jgn kan 3 keping, separuh kek tu akak bagi. Ini pun nak bagi kat kawan petang nanti.