Tuesday, April 24, 2012

Kepingan Ikan Masak Cuka


Salam dan Selamat Pagi...

Sehari dua ni mood rajin lebih sikit, rajin ambil gambar. Sebabnya kebelakangan ni bukannya tak masak, tapi kurang mood nak ambil gambar makanan yang dah siap dimasak. Kadang kala memang tak sempat pun dan yang selebihnya sebab memang malas.

Masa ke pasar pada hari ahad lepas, sempat angkut 1 ketul kepala ikan merah dan 2 keping isinya. Sekarang harga ikan boleh tahan juga mahal mungkin sebab cuaca yang tidak menentu.


Semalam, cuma masak yang simple je. My husband request nak makan Sotong Goreng Cili Kering yang pernah saya letak entry dulu, dan saya cuma buat Ikan Masak Cuka sebagai lauk kedua. Malas nak buat sayur lain, lagi pun masak ikan ni saya letak timun dan tomato. Resepi saya ambil dari rumah Kak Ummi, tapi saya gunakan apa bahan yang ada di rumah saja. Resepi asal guna cili capsicum, saya takde stock, so just substitute dengan cili besar yang berwarna hijau dan merah.

KEPINGAN IKAN MASAK CUKA

Bahan bahan
1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan. Lumur garam kunyit dan goreng garing. Ketepikan.
2 sudu makan cuka makan
2 ulas bawang merah *
1 inci halia *
3 ulas bawang putih *
3 biji cili padi *
1 biji cili hijau - dibelah 3 dan dipotong saiz yg sesuai
1 biji cili merah - dibelah 3 dan dipotong saiz yg sesuai
1/2 biji timun, buang biji dan potong saiz yg sesuai
1 labu bawang besar - belah 4
1/2 biji tomato - potong saiz yg sesuai
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih)
Garam dan gula secukup rasa
Dan sedikit air

Cara cara
1. Bahan bertanda * dimayang, panaskan minyak dan tumis bahan dimayang dengan rempah tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cuka dan sedikit air, serbuk kunyit dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan timun. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
4. Kemudian baru masukkan buah tomato, perasakan dengan garam dan gula. Bila sayur layu, bolehlah dimatikan api.
5. Tuangkan ke atas ikan yang telah siap digoreng.



Daun ketumbar ada banyak, hari ni kena fikir nak guna untuk masak apa pulak....

Ada idea?

15 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

oishii sou
boh nasik hangat2 perhhh meleleh ayaq lioq ni ngeee...
daun ketumbar tue boley buat nasik ketumbar la akak...sedap!

ogyep yummy mellow said...

Salam kenal... simple yet very tempting tu... dengan nasi putih panas aje & kicap dah cukup tu...

Qasey Honey said...

wah myelerakan tgk menu tu...bleh amik resepinye ni...nk cuba jugak nti...tq...

kasihredha said...

bila letak cuka...pasti rasanya masam2 maniskan....air liur mengalir laju je :)

Liza said...

ada jugak org panggil lauk ni acar ikan kan, sbb rasa dia masam2 manis gitu...akk pun suka ni, tapi xpernah buat pun....hahahahaha

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kecur air liur dengar nama lauk ni.. rasanya kalau buat berkuah sikit mesti lagi best mkn leh hirup2 kuahnya yg masam2 tu.. hihihi..... (fenomena bulan nak mengambang.. mesti terasa nak mkn yg masam2.. hehe..)

kita ada satu resepi yg gunakan pokok ketumbar yg byk... leh try resepi murghi karai... link kita letak kat bawah ye.. hehe.. lauk tu sedap bagi tekak kita sefamily..

http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1602769

KakAsma said...

zila,
akak suka lauk camgini..simple tapi sedapppp sangat..
kalau letak cuka kat masakan kita mmg ada kelainan kan..leh lah cuba gak nanti

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Akak kalau ikan masak cuka ...maka lauk lain akak tak sentuh dah...sedap gitu aje

AbbotCottage said...

ini juga bisa ngencesss, waduh waduhhhhhhhhh

Watierman said...

Assalam Dik Zila...I like...simple....nice presented and yang penting sgt menyelerakan!!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. wahh gambar cantik naaa....... hidangan pun nampak cukup simple... sedap dan terasa2 kat tekak ni hah! suka!

Chik Mimi said...

lamanya tak makan masak cuka,dulu-dulu mak yang buat la ni kalau buat budak-budak pandang sepi ja

zila 4ever said...

salam zila
sedappp..kita pun suka masak simple2 camnie..:)

Kak Noor said...

Sekali sekala makan camnie memang boleh tambah nasi. Pekena pulak dengan nasi panas. Tak pandang lauk lain dah....

sabar dubai said...

alahaaiii kak oishi sou.........kalo mkn dgn nasi panas sure terngkat nii kannn