Thursday, April 19, 2012

Kuih Kaswi Blackmore


Salam dan Selamat Pagi,


Saya ingatkan hari ini dah hari Jumaat, itulah bila dah makin tua ni hari pun dah tak berapa ingat. 2,3 lepas memang plan nak buat kuih kaswi bila saya nampak kat rumah Mas Duniaku. Tetapi sebab terlupa nak beli gula merah, maka kelapa yang sudah dibeli bertukar menjadi lempeng kelapa. Rasanya saya jarang sangat guna gula merah di dapur, lepas ni kena cari resepi lain yang gunakan baki gula merah tu.

Semalam saya tak perlu masak untuk makan malam sebab my husband beli nasi goreng kampung kesukaannya dari Restaurant Tupai Tupai. Jadi sempatlah berexperiment di dapur sementara menunggu dia balik.

KUIH KASWI BLACKMORE

Sumber dari Mas Duniaku

Bahan A
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah
2 cawan air
1/2 sudu besar serbuk nescafe
1 simpulan daun pandan
* Masak hingga gula hancur dan ketepikan sebentar.

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

1/2 biji kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam

Cara cara
1. Di dalam bekas campurkan semua bahan B, gaul sekata. Kemudian tapiskan air gula yang telah dimasak tadi ke dalam campuran tepung.
2. Gaul semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada acuan, tuang adunan dan kukus hingga masak.
4. Biarkan sejuk, gaulkan dengan kelapa parut semasa menghidang.


11 comments :

Amie said...

Selamat pagi Hazila,
cantiklah tengok kuih kaswi blackmore ni... berselera pula, tapi nak makan dapatlah... pandang-pandang saja!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Hazila...lately ni saya suka kaswi tapi setakat ni masih belum bereksperiman sendiri..main beli jeeee 2~3 ketul...

Haa baki gula merah tu nanti bolehlah akak buat agar2 santan gula merah tu..Akak kan peminat puding...Dan dah siap nanti jgn lupa hantar saya siket yaaaa..hantar agar2 nya bukan gula merah..he he he he

hazila said...

Kak Amie,
Yelah, kena pandang je lah sebab nak hantar pun jauh sangat.

hazila said...

Sue/Nenie,
WS, akak baru je nak hantar gula merah..... Ok juga idea buat agar agar gula merah tu kan. Tunggu!!!!

Watierman said...

Assalam Dik Zila sungguh cute acuan kaswi tu...padan dengan kuihnya!!!Nyumm!

zila norazila said...

salam zila
aaiishhh nama kita sama upanya..h ehehe..cantik pulak kaswi bila posing mcm tu kan..nampak suci jew....suka tgok:)

ummiaisyah said...

Salam kak Zila...nmpk sungguh moden dn anggun bila diposingkn cam gitu..tp bila nk mkn mesti digulingkn dlm nyor yg byk kan..baru best!

Qasey Honey said...

nmpk sedap la kuih kaswi tu...myelerakan bile dbuat comeiii dlm acuan mcm tu...

KakAsma said...

zila,
kuih kaswi nie bergoyang goyang tak..akak kan ada sekali tu makan kat rumah kwn,makcik dia buat kaswi punya laa lembut,sedap tak terkata..teringat2 sampai hari nie..tanya resipi biasa laa ckp gitu2..camner nak buat..

Ayu said...

Assalam zila,
lama rasanya tak singgah sini..semenjak kejadian maling tempoh hari..lagilah tak bw langsung.. thank you zila for the support you have given me during my difficult periods ya..rasa terharu betul...

kaswi mu itu sungguh cantik dan menggoda..my hubby suka kaswi..

dZana said...

aslmkum hazila.. tgo kaswi pun tergoda.. sbenarnya dah 2 kali buat guna rspi ni.. tapi mood nk ambik gambo pulak malas.. bila tgok kilau2 kaswi hazila ni.. mmg terancam.. huu sedapnyaaa...