Sunday, April 1, 2012

Rendang Udang


Salam semua,

Baru berkesempatan untuk update entry. Plan nak upload entry ni hari esok, tapi mengenangkan kerja yang agak banyak sedang menanti, lebih baik buat malam ni.

Sebenarnya dah buntu nak masak apa dengan udang yang ada dalam freezer. Dah selalu sangat masak sambal tumis, buat gulai..... Apalagi, google je dan terjumpa resepi Rendang Udang dari dapur Kak Nor. So geledah dapur cari samada bahan cukup ke tidak. Yang kurang cuma santan, so bergegas ke kedai membeli santan kelapa.

Alang alang dah buat rendang, saya rebus ketupat nasi sekali. Dah macam nak sambut hari raya pulak. Kalau makan dengan nasi pun sedap, tapi terajin sikit nak makan dengan ketupat nasi.

Resepi saya ambil dari rumah Kak Nor Secubit Garam.  Terima kasih Kak Nor, cuma saya tak gunakan udang galah, saya cuma ada udang biasa saja.


Bahan:
1/2 kg udang galah
1 sudu besar cili mesih
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 - 5 bj cili api *
2 batang serai * (kesemua bahan2 bertanda * diblend halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 kpg asam keping
1 sudu besar kerisik
3/4 cawan santan fresh 
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sedikit gula nisan/gula melaka
garam
minyak

Cara :
Bersihkan udang galah dan toskan.
Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 yg diblend halus tadi.
Goreng hingga garing sedikit dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan sedikit air jika tumisan agak kering.
Kemudian masukkan kerisik, asam keping, gula nisan dan garam.
Masukkan juga santan, daun kunyit dan daun limau purut.
Bila hampir mendidih masukkan udang. Sesekali kacau dan balik2kan udang supaya masak serata.
Masaklah hingga kuah pekat dan udang masak. 
Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.

11 comments :

umiyumi said...

Salam singgah.. lama tak jenguk dapur hazila ni.. makanan terhidang mmg sentiasa mengancam :)

ummiaisyah said...

cantik food styling arini..terang biji mata saya tgk udang tu! bila la nk dtp papan putih cam tu...

hazila said...

Umiyumi, thanks singgah dapur saya.

hazila said...

Ummiaisyah, hari biasa kena bergambar dlm bilik yg tak cukup cahaya. Hujung minggu je boleh dapat cahaya yg cukup. Papan tu actually pallet kayu yg saya cat putih.

Zalia said...

nanges tgk pagi2 kalau ade nasi impit ngan rendang ni hari ni... menu ari raya ni :D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap khen sekali sekala makan gini
last week ayu buat gak cuma beza buat ngan rendang ayam @_@

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Klu dapat udang besar mmg best makan rendang udang ni..kt sini selalu jumpa udang kecik2 jer..

Chik Mimi said...

sedapnyaaaa,lamanya tak makan ketupat nasi sbb kita malas nak buat ,yg ready made cheq tak makan

sudipVSsenduk said...

alahai sedapnya!
semalam nak masak rendang ayam, sekali kerisik yg baru dibeli berbau tengik pulak.. terus masak kurma ayam, huhuhu

Gee® said...

sedapnya tgk sambal udang tu... siap ada ketupat lagi... macam hr raya... tumpang makan sini boleh...terlior sudah...

kasihredha said...

sedapppppp...makan dgn nasi pun sedap ni