Friday, July 27, 2012

Ketam Goreng Telur Asin



Salam di hari Jumaat yang mulia....


Dah masuk hari ke 7 kita berpuasa, nampaknya tahun ini saya jarang sangat update blog di bulan puasa. Mood ke laut.... Nak ambil gambar pun terasa agak malas, tambahan minggu pertama ni banyak menu yang tunjuk tunjuk je.... So minggu ni kita intai dapur kawan kawan lain je lah...

Semalam dah pesan dengan my husband supaya tidak membeli terlalu banyak sangat sebab terasa macam nak masak kat rumah. Walau pun dah dipesan, masih ada 2,3 jenis makanan juga yang dibeli.


Konon kononnya semalam nak masak Ketam Telur Asin...

Sebelum balik kerja dah sibuk mencari resepi di internet, tapi rasa macam boleh ingat je, saya tak print pun resepinya. Fikir boleh ingat semua bahan sebab tak banyak sangat bahan yang digunakan. So bila sampai masa nak masak, terus je buat semua benda yang terlintas di kepala. Bila siap masak, rasa macam something is missing dan tak nampak macam yang sepatutnya.

So mulalah berfikir semula, apa yang saya tak masukkan. Rupa rupa saya terlupa nak letak cili padi dan juga susu cair. Itulah, rasa macam bagus je, akhirnya makanan yang dimasak jadi tidak seperti yang sepatutnya...

Tapi nasib baik rasanya tidaklah mengecewakan, still boleh habiskan semua ketam tu.




12 comments :

Nuridah said...

Assalam Zila,

gandingan yang mantap...kak Nur suka mkn ketam...suka telur asin tu tapi tk pernah cuba menu seperti ini...

Qhaifa Nur said...

sedapnya nampak ketam dgn telur asin ni...

ummisara said...

Sedapnya ketam telur asin ya...
ishhh nih yang semnagat berkobar-kobar nak try nih :)

Salam perkenalan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menyelerakan.. walau ada yg kurang tp mesti sedap juga kan...

Unknown said...

wah bestnya..memang nak try buat tapi tak terbuat-buat jugak

hana said...

salam ramdhan kak.zila... kita tgh ngidam menu nih... cari ketam sejak awal ramdhan tak jumpa2...telur itik sampai dah nak menetas! esok nak order kat restoren horizon jerk la jawabnya...

PINATBATE said...

Salam Ramadan,
Insyaallah kakpinat nak cuba resepi ketam telur masin ni hujung minggu ni..;)terima kasih kerana berkongsi
idea..

Chik Mimi said...

Salam ramadhan almubarak zila ,sedapnya ketam teloq masin tu

zila norazila said...

aritu zila pun ada mask ketam..tp masak lemak ..klu wt camnie..sedap jgk kan..nyummy:)

kasihredha said...

akak pun selalu juga x letak bahan...bukan lupa kdg2 tu...tp lupa beli :)

Liza @ Adzriel AB said...

amboi sedapnya kak zilaaa...

CiQ TieY said...

resepi pliz akak :)