Sunday, February 22, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

Dah lama nak buat kek ni tapi asyik tertangguh je. Maklumlah byk sangat resepi yang beratur untuk dicuba. Akhirnya dipetang yang suram dan dingin dek hujan, kek ini berjaya dikukus. Walaupun lapisannya tak sekata, tak kisahlah. Macam mana nak concentrate kalau sekejap ke depan sekejap ke dapur pasal nak tengok cerita Taiwan yg final episod. Itulah cikgu kata nak buat apa apa kena concentrate, inilah akibatnya. Resepi ambil dari kak fida @ MyR.

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara
  • Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  • Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  • Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  • Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  • ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
  • Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  • Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

4 comments :

Datin El said...

nampak je dah menarik, ni rasa mesti sedap

hazila said...

Datin El, kalau letak striking colours lagi interesting. Rasanya pun sedap. Ramai dah mencuba.

ummi said...

Hazila..hehe..menjadi jugak dah wat kek lapis kukus ni yek! Sedap kan..akak pun rasa nk buat lagi bila tgk ni.. :D

hazila said...

Kak Ummi, saya takleh lawan akak lagi. cantik jer apa yg kak ummi buat. Jeles tau.