Wednesday, February 11, 2009

Mee Rebus

Dinner malam ni makan Mee Rebus, resepi Hana. Selalu malam my husband request nak makan nasi tapi hari ni nak makan mee pulak. Takde komen apa apa, makan laju jer, kira ok la tu. Sebab my husband ni agak cerewet sikit, so kalau nak masak kena fikir selera dia dulu. So saya copipes jer resepi Hana. Toce toce......

Bahan-bahan ( 4 orang )

400g mee kuning - celur n toskan
tauhu goreng - goreng n hiris
sawi celur dan taugeh
lada merah - hiris
daun sup/daun bawang - hiris
telur rebus
limau nipis@ limau kasturi
jeruk lada@ cili

UTK KUAH

5 btg atau lebih cili kering
segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
gula melaka
garam n perasa (jika suka)

Cara-cara
  • bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
  • blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
    panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak.
  • masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
  • masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. then didihkan.kuah mestilah pekat baru kaww!
  • last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  • hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap

1 comment :

LilySara (WanIntan) said...

Salam Hazila,Lama gak Intan tak jengok kat cni...hmm sedap mee rebus tuh...terliur ler...nak wat..kat cni susah nak dpt bhn dia...cuba gak ler klu turun Dublin....