Monday, February 23, 2009

Udang Supreme


Dinner malam ni makan Udang Supreme, resepi dari dak Ana, Sorry yer akak derhaka sikit sebab campur ngan carot dan brokoli. Bukan apa, malas nak masak sayur lagipun dah lama sangat deme berdua tu dok dalam peti ais.

Bahan-bahan

1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
3 batang lada merah - di cincang
3 batang lada hijau - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 inci halia - di cincang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan.
  • Tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang.

3 comments :

princessharyati said...

mula2 yatt terbaca udang supermen...rupayer superem...haaa.... kita pun masak udang gak tapi udang version lain masak yer..nnti boleh try yang ni

hazila said...

Hahahaha....ok gak kalau ada resepi udang superman. Boleh terbang tinggi kot.

anawahid said...

kak ila derhaka tambah sayur x pe x de la lari rasanya... ekekeke... nmpk sedapppp ada lg x???