Sunday, February 1, 2009

Otak Otak Ikan


Bahan bahan

500 gms isi ikan tenggiri – dikisar, tidak terlalu halus
1 cawan pati santan
5 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm lengkuas
1 sudu kecil belacan
1 cm kunyit hidup
½ sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
3 biji telur ayam
20 helai daun kaduk
5 helai daun limau purut-disiat
Garam secukup rasa
Bahan untuk membungkus
1 pelepah daun pisang – dibersihkan, dicelur/layur
Daun pisang dipotong:- 20 helai 25 cm X 20 cm ( Daun A),20 helai 7.5 cm X 20 cm (Daun B)
Lidi untuk menyemat

Cara cara
  • Sediakan daun untuk membungkus dengan melipat semua daun yang diperlukan. Ketepikan.
  • Sediakan inti dengan menggaulkan isi ikan dengan telur dan bahan kisar sehingga rata.
  • Masukkan santan, garam,gula, lada sulah. Gaul sebati.
  • Lapik daun A dengan daun kaduk, dan bubuh 2 sudu besar inti dan secebis daun limau purut.
  • Bungkus menggunakan Daun B sebagai penguat sebelum disemat dengan lidi. Kukus selama 20 min. ( Boleh bungkus ikut kebolehan sendiri)

No comments :