Saturday, February 21, 2009

Caramel Cheese Pudding


Sebenarnya dah beberapa kali cream cheese ni keluar masuk peti ais. Bila fikir nak buat, saya keluarkan dari peti ais, then ubah fikiran pulak. Akhirnya berjaya gak. Alahai kalau camni camne nak kuruskan badanku ini...Respi dari Yani dan sebab tersangatlah malasnya, saya kopipes jer k.

Bahan-bahan ( 4 orang )

[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara
  • Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang) .
  • Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  • Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  • Sejukkan sebelum dihidang.

5 comments :

Datin El said...

hazila nampak sedap sangat..nak try buat tapi alamak.. tak de resepi laa.

hazila said...

Sorry, tadi masa nak letak entry ni, my husband ajak keluar. So masuk gambar dulu. Saya dah update.

Jue Hairul said...

OMG...i shud try this one..sy ni cheeese lover..

TQ for sharing this recipe

Jue Hairul said...

tapi kan zila..klu kukus takleh ek?

hazila said...

Jue, cheese lover should try this recipe. Memang terasa cheesenya tu. Rasanya boleh kukus gak mungkin texture tak sama kot.