Tuesday, June 29, 2010

Easy Kimchi


Puas saya tunggu kat Simpang Pulai, takde sape pun datang nak ambik ciskek, jadi saya balik je lah.Balik rumah makan kimchi lagi bagus..... Semalam saya terlebih rajin, mula mula buat preparation untuk sediakan Kimchi, siap semua saya buat ciskek pulak. Uishhhh penuh betul aktiviti malam semalam. Mesti ada yg tanya, ehhh! makcik sorang ni tak masak untuk makan malam ke? Ala, pakcik korang dah siap belikan makanan untuk dinner, jadi makcik bolehlah buat kerja lain.

My husband selalu pesan sebelum balik, " Tak perlu masak, nanti I beli je. Balik rehat, jangan nak sibuk buat kuih muih ke, apa apa je lah. Bolehlah layan cerita Korea you tu, tengok blog ke". Hehehehehe...maksudnya, saya boleh layan citer Korea atau tengok blog sebelum dia sampai rumah. Kalau dia sampai, laptop saya masih ON, selagi saya tak OFF dia akan tanya, tak habis lagi ke? So, sebelum dia sampai, lebih baik saya habiskan entry ni.

Mari kita tengok cara cara nak buat Kimchi, saya buat sebahagian saja dari resepi di bawah sebab sekadar nak mencuba. Kalau buat banyak, tak boleh masuk kat tekak pun rugi juga. Saya buat semalam, so makan hari ni. Kalau ikut tekak saya yang boleh masuk kepala keretapi ni, not bad rasa kimchi ni. Kira boleh diterima lagi, rasanya seperti jeruk kubis tapi sedikit pedas.


Easy Kimchi
Sebiji Napa Cabbage ( Kubis Panjang )
350 gms garam kasar
air untuk mencuci kubis
1 batang lobak putih / radish saiz sederhana
100 gms daun bawang
100 gms leeks
1 batang lobak merah saiz sederhana

Bahan Perasa

65 gms serbuk cili

50 ml sos ikan
50 gms udang kering / isi tiram segar
1/2 sudu besar gula
100 gms bawang merah kisar
40 gms bawang putih kisar
1 1/2 sudu besar halia kisar
1 gelas buah pear yang telah dikisar


Cara cara
1.Belah kubis secara memanjang dan potong sebesar bite size. Cuci 2,3 kali sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas besar dan lumurkan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 1 1/2 jam. Dalam masa itu balik balikkan kubis supaya masinnya sekata.
3. Bilaskan kubis dengan air dan toskan. Basuh sayur sayuran lain dan toskan. Potong kira kira 5 cm panjang dan 0.3 cm tebal.
4. Gaulkan bahan bahan perasa, dan masukkan sayur sayuran yang telah dipotong tadi dan garam.
5. Gaulkan bahan No 4 dengan kubis yang telah siap ditoskan tadi. Pastikan semua kubis disaluti dengan bahan perasa.
6. Masukkan ke dalam bekas, tekan tekan kimchi biar padat dan tutup dengan rapat.
7. Boleh terus di makan atau simpan sehingga ia menjadi jeruk.

10 comments :

Unknown said...

wahh.. akhirnya akak kuarkan juga resipi kimchi ni.. thanks.. ada masa nnti raihan nak buat... dh lama mengidam nak makan kimchi ni..

cikmanggis said...

terima kasih kerana kongsi resepi ni.Nak cuba jugak la..

fmina08 said...

xmasin ke kak? kite jakun sket menda2 nih...

fuzidss said...

oooo macam ni ya ...

TREAT AND TRICK said...

Salam Hazila, belum pernah mkn kimchi, nampak sedap, nanti boleh cuba...

Liz said...

nak tanya.

sama ke rasa kimchi yg gunakan serbuk cili dan yg guna hot pepper flakes? mana yg lebih pedas?

serbuk cili dan hot pepper flakes tak sama. sy x sure yg mane lebih pedas tp kalau ikut resipi org korea, mereka guna hot pepper flakes.

sakura said...

sos ikan tu nak dapatkan kat mana yek...

Unknown said...

Leeks tu pe?

Unknown said...

Leeks tu pe?

Unknown said...

Pnh gna resepi ni. Sedap. Thnks kak azie. Cili flakes? Hiasan saja. Org korea guna chilli powder sbb lbh hlus. Tp jnama dorg la. Kta xde kat cni. Klo ada pn beruntung. Chilli flakes kasar strture dia.