Sunday, February 26, 2012

Menu Lunch Hari ini....


Selamat berhujung minggu.


Hari ni saya masak 2 menu untuk makan tengahari. Mula mula plan nak masak asam pedas ikan sembilang dengan timun masak. Tapi last minute tukar sebab my husband nak makan gulai ikan sembilang. Maka jadilah Gulai Sembilan dengan Timun Masak. Lepas tu kuahnya agak pekat sebab saya leka menyidai kain kat luar, sebab sekarang musim hujan dipetang hari. Sekarang pun dah mendung di luar tu.

Satu lagi menu ialah Siput Goreng Lada Berserai.
Masa ke pasar, saya nampak siput yang seakan akan lala tapi agak panjang berbanding lala biasa. Bila masak, rasanya seakan akan Bamboo lala, isinya sedikit liat. Kata orang siput macam ni tak boleh jadi "lauk", maksudnya tak mengenyangkan kalau digandingkan dengan nasi tak seperti kalau kita makan nasi dengan ikan, ayam atau daging.

Kebiasaannya saya masak siput ini untuk makan begitu saja atau meratah.



Siput/Lala Goreng Lada berserai

Bahan bahan
500 gms lala/siput
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu makan sos tiram
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan toskan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering hingga hancur.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan asam keping, sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan lala/siput, gaul sekata. Tutup kuali dan biarkan lebih kurang 10 minit. Bolehlah tutup api dan siap untuk dihidangkan.

7 comments :

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Hazila....Maksud diorang buat lauk tak kenyang may be pasal masa makan ni kita duk leka membelek dan mengopek isinya sampai lupa nasi di pinggan...Apa-apa pun alasannya kedua-dua lauk ni nampak sedappp dan menyelerakan

Chik Mimi said...

sedapnyaaaa,aritu nampak kat Mydin lala @ siput apa ntah cheq tak kenai terus ingat kat cik kak

hazila said...

Sue, itulah kan org selalu cakap tak boleh jadi lauk.

hazila said...

Chik mi, muka ai dah sama cam siput dah sekarang ni.

sudipVSsenduk said...

periuk tanah tu!!! penambah selera!

dZana said...

best ratah2 lauk yg kt bawah tu.. selalu nmpk kt dapur hazila ada mcm2 jenis seafood 'shell' ni..

blogresipi.com said...

Salam kak,
Dua dua lauk tu pun saya suka. Gulai ikan tu nampak macam asam pedas je. boleh hirup tak? hihi... lala tu memang, kecik cinonet je isi nya. tp ratah best kan :)

Kak, hope you're feeling much better by now. Get well soon :)