Wednesday, April 11, 2012

Kacang Kuda Goreng Pedas

Selamat bersantai......

Rasanya ramai yang bercuti hari ini walaupun saya nampak ada beberapa syarikat yang beroperasi hari ni tidak termasuk pusat membeli belah. Syarikat hanya wajib ambil lebih kurang 11 hari cuti umum dalam setahun. Ada sesetengah yang bekerja hari ni dan akan diganti semasa cuti perayaan nanti.



Saya dan suami macam cuti hujung minggu juga, pagi pagi keluar untuk sarapan dan terus pusing pusing cuci mata sebelum berhenti makan tangahari. Lepas makan tengahari baru balik kerumah. Pukul 3 ptg suami saya keluar ke office, tengok apa yang perlu untuk esok hari. Sementara saya bermalas malasan di rumah sebelum menyediakan makan malam.

Masih mencari cari resepi apa untuk malam nanti. Saya dah keluarkan udang dan ikan, sambil fikir fikir saya buat Kacang Kuda Goreng Pedas untuk kudapan dulu.


Kacang kuda ini saya sudah rebus awal dan toskan. Mula mula makan macam tu saja, kemudian cari resepi macam mana nak buat seperti yang selalu orang jual di pasar malam.

Kalau tidak silap saya jumpa resepi kacang kuda goreng pedas di dapur kak Citarasawan.

Bahan bahan

250 gms kacang kuda, rendam lebih kurang 1 jam dan rebus menggunakan pressure cooker.

Bahan B
5 tangkai cili kering - potong menyerong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji sawi
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Bahan C - dikisar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga wangi, masukkan bahan C. Tumis hingga semua bahan wangi.
2. Masukkan kacang kuda dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Biarkan seketika, angkat dan bolehlah dinikmati panas.

12 comments :

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam hazila..ni klu buat ngunyah2 depan TV...mmg xsedar habih semangkuk :D

kasihredha said...

akak biasa mkn yg plain aje..

Nieda said...

SALAM kenal.
Tergoda tengok kacang kuda rebus.
Mai semangkuk..

Unknown said...

biasanya makan yang tak de pedas2 ni...yang pedas tak pernah rasa..nanti boleh la cuba..;)
terima kasih....

Amie said...

Assalamualaikum Hazila,
susah benar nak jumpa kacang kuda siap dimasak sekarang ni, masa sekolah rendah dulu selalu beli di kantin harga 5 sen atau 10 sen... simpan resepi ini ye, nanti ada masa teringin juga nak cuba buat.

Mas Sani said...

saya suka kacang kuda grg pedas buat kudapan depan tv tp saya selalu guna yg dalam tin je, tak payah rebus2 sbb sy malas nak merebus hihihihi...

Watierman said...

Hrmmm Assalam Dik Zila...TQ for the doas....dah di makbulkan olehnya...Amin!...wah kacang kuda ni kalau nanti nak balik kampung buat untuk ole-ole mak & ayah...cemil2 lan mesti best kan!

Qasey Honey said...

sedapnye dan myelerakan...dh lama xmkn kacang kuda sambal ni...

Kamalia said...

sedapnya kacang kuda..kalau pedas macam ni memang sedapkan kak..teringin jugak nak buat ni..

izahdaut said...

Skrg tren gambar atas papan gini yekak .. Cantikk.. Lama tak makan kacang kuda

Gee® said...

Tak pernah lagi mkn kacang kuda pedas camni... boleh try ni... hehehe sedap nampak...

MIchele Choa said...

F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar BBM : 5EE80AFE ^o^