Saturday, July 14, 2012

Strawberry Frozen Yogurt



Salam,


Selamat petang, apa agaknya juadah untuk minum petang hari ni ye? Saya hanya buat teh panas dan goreng kuih sejukbeku yang saya beli beberapa hari lepas. Kebetulan terserempak penjual kuih muih sejuk beku dan ternampak beberapa kuih yang menjadi kegemaran saya tetapi agak malas nak buat sendiri. Jadi saya beli sedikit sekadar ingin mencuba, sebab adakalnya tidak menepati selera. Tetapi alhamdulillah, yang ini sedap dan tidak mengecewakan.




Oh ya, masa saya ke Cameron Highlands tempohari, saya beli buah strawberry dengan agak banyak. Jadi sebahagiannya saya bekukan di dalam freezer. Sebab kalau tidak buah akan menjadi buruk dan berakhir di dalam tong sampah. So hari ni saya gunakan buah strawberry yang telah dibekukan untuk menyediakan Strawberry Frozen Yogurt.

Saya cuma simpan di tempak beku selama lebih kurang sejam saja, jadi ia tidaklah terlalu keras. Just nice for me. Maybe next time kena adjust kuantiti madu sebab rasanya agak masam. Mungkin strawberry pun memang masam ditambah dengan kandungan yogurt menyebabkan ia lebih masam dari jangkaan saya.



STRAWBERRY FROZEN YOGURT

2 Cawan frozen strawberry
3/4 cawan plain yogurt
1/2 cawan madu

Cara cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender yang boleh digunakan untuk mengisar ais. Kisar hingga semua bahan halus dan sebati. 
2. Rasa, jika perlu boleh tambahkan kuantiti madu.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas, tutup dan simpan di dalam tempat beku. Simpan lebih kurang 1 jam atau lama bergantung pada tekstur yang dikehendaki.
4. Keluarkan dan cedok ke dalam bekas hidangan.

13 comments :

rostina76 said...

Kat sini tengah hujan....bila tgk frozen yoghurt ni, rasa sejukle pulak.hehe!!

inahar ali said...

salam zilaa..wah nmpak sodaap yogurt eskrem tuh..nk kenen semangkuk..hehe!

ummiaisyah said...

ooo...camni kekdahnya ye...kalo tambah buah2 fresh,cekelat tu ..jd cam tuti fruti le kak zila..sy tak penah makan pon yg tuti fruti tu...nk buat gak la camni..ada gak stoberi frozen lm frezer tu..buah ni mmg le cept rosak kan..b4 ni sy tk frozenkn..mmbazir je.

Amie said...

Betul tu Hazila, kalau buah dah masam (mungkin strawberry tu agak masam sedikit), jumpa yogurt walaupun tambah madu tapi madu adakalanya tak dapat atasi kemasaman kedua-dua bahan itu. Amie selalu buat begini, tapi gunakan gula pasir saja.

zila norazila said...

special la zila..lg2 strwbery tu fresh..wallaa kecurr pulak:)

dZana said...

aslmkum hazila.. pagi2 tgok ygrt aiskrim dah trasa dah masam2nya.. akk suke yg ada rasa masam2 tu.. droolingg sudahh

dZana said...

aslmkum hazila.. pagi2 tgok ygrt aiskrim dah trasa dah masam2nya.. akk suke yg ada rasa masam2 tu.. droolingg sudahh

Unknown said...

Kebetulan Tie pun suka buat strawberry yogurt ni tapi madu tu Tie ganti dengan castor sugar..hmm agak manisla sikit. Tapi pengalaman kita sama Tie pun baru buat dessert yg simple ni selepas balik dari Cameron memang beli strawberry banyak2 dan sampai sini buatnya agak masam.

UmmAbdullahAbuSummayah said...

tips how to make the texture much better is after 1 hour you put the yogurt in the freezer take it out and using spoon scrape it to avoid it become ice..
and freeze it in a non plastic container.
it'll help insyaallah.

sudipVSsenduk said...

puasa ni nampaknya tiap2 hari waktu lunch, saya bukak blog u ni hazila...

Nur-nba said...

Nikmatnya.. Kak Hazila, kalau Nur dapat ni tentu licin satu mangkuk tu.. :)

ana althafunnisa said...

kak,cmne n wat forzen strawberi tu?

ana althafunnisa said...

*frozen