Tuesday, January 22, 2013

Bamboo Lala Goreng Pedas


Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Actually tiada menu baru pun nak update dalam blog. Walaupun bila sampai hujung minggu ada pelbagai rancangan nak mencuba resepi yang agak lama pending. Even though dah siap beli semua bahan, yang tinggal cuma kerahkan tenaga dan buat. Itu pun masih tak terbuat buat juga.

Masa tengah "meroyan" nak buat crepe, segala jenis tepung dah beli tapi tak buat juga. Then teringin nak buat Apam Perlis, beria ia mencari Eno, dah beli tapi terperap dalam handbag. Kalau saya suruh my husband cari barang dalam my handbag mesti dia mengeluh, katanya nak cari mesti tak jumpa sebab segala benda ada. Agaknya, kalau gajah boleh muat, tentu saya simpan seekor dalam handbag..........

Berbalik pada menu tayangan amal hari ini,

Bamboo Lala Goreng Pedas.

Sebenarnya tidak lah pedas sangat, asal letak cili mesti ada rasa pedas kan. Tak tau nak letak nama apa, so suka hati sendiri je la bagi nama.


Agak lama juga saya tidak beli Bamboo lala ni, sebab kali terakhir saya beli memang tak lalu nak makan kerana isinya agak liat. Harganya boleh dikatakan agak mahal berbanding siput yang lain, so bila dah beli satu packet dan tak boleh dimakan, kena buang jadi rasa membazir pula. Alhamdulillah, kali ini saya dapat yang tidak liat dan sedap dimakan. Puas hati. So saya masak resepi yang simple untuk dinner malam tadi.

Bamboo Lala Goreng Pedas

Bahan Bahan
300 gms Bamboo Lala - Anggaran, cuci dan toskan
2 cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang meraha - dimayang
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan udang geragau kering - rendam dan tumbuk hancur
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis halia,bawang putih,bawang merah,cili kering kisar,udang geragau dan serai hingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
3. Masukkan bamboo lala, kacau agar sebati dengan kuah tadi. Biarkan ia mereneh seketika dan perasakan dengan garam.
4. Jangan masak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan bamboo lala menjadi lebih liat.


14 comments :

Gee® said...

hehehe... ada gajah yer?

hazila said...

Kak Gee,

Boleh buat zoo....

EIKA said...

sis,asa apa bamboo lala ni?ika xpernah try :P

hazila said...

Eika,

Ada org gelar sebagai Siput Buluh atau Pepahat. Biasa dijual di Medan Ikan Bakar atau di restoren seafood atau Chinese Restaurant.

Mori Said said...

lom pernah masak nie...tapi favourite husben bila gie makan di seafood restoran..nk cuba gak nnt... hehehe tq for sharing..

hazila said...

Mori Said

Saya selalu beli di pasar tani. Dia ada dua saiz, so saya rekomenkan beli yang saiz kecil. Kurang sikit liatnya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.. samalah kita.. dlm handbag mmg mcm2 ada... lagi besar handbag lagi byk barang dimasukkan.. sabor jelah..

dah lama nak merasa siput pepahat ni.. aritu jln2 kat jusco ada jumpa.. tp tak jd beli sbb lepas ke jusco tu cadang nak pegi ke tempat lain.. jadi mmg tak boleh nak beli bahan2 basah takut rosak pulak.. alahaii.. mmg takde rezeki nak merasanya lagi...

KakAsma said...

Zila,

Lama sungguh tak menjengah zila..kelako betul baca kisah beg zila..hehehe kalau dikirai pasti banayk harta karun tukan..

pepun akak selalu tengok bambo siput nie tapi tak pernah makan..akak pernah makan mentarang ajer..kat selangor banyak kan..ee sedapnyer!

Kak Rose said...

masa family gathering kat medan ikan bakar umbai ada la oder menda ni, tp x reti nak makan... mula tu ingatkah rebung. alahai jakunnya kak rose ni!

zila norazila said...

Akk sama la dgn zila..smua bnda nk dibuat. Sgala tpg dibeli..he hee time nk buat mmg kelaut jew ..zila slalu nmpk nie kt jusco. tp x trbeli takut x reti mkn plk ..nk cuba jgk la nnt.

Marsita yahya said...

1st time makan ni masa visit Sarawak. Tak pernah nampak pulak kat Semenanjung..ada rupanya..tapi saya suka sgt.

Rohah said...

kita tak pernah makan siput ni...(jgn gelak tau..hehe..) sbb susah nak jumpa..

Lesung Batu said...

siyes tak penah msk & mkn pun kt luar..hehe..malu aihh..tp foto tu fuiyoo nampak sedap sgt! errr..lg besar bag lg byk benda nak sumbat..samala kita pun..hewhew..

eyeyou said...

kakk..sedappnya nee...lama x mkn...nyummmm..nyummmm..