Wednesday, January 2, 2013

Kuih Kosui Hitam Manis @ Kosui Kicap


 Assalammualaikum dan Selamat Pagi 

Apa kahabar semua? Mungkin ada ibu yang bercuti hari ini kerana menghantar anak yang baru pertama kali melangkah ke alam persekolahan. Mesti pelbagai kerenah anak anak kecil boleh dilihat hari ini...

Berbalik pada entry pertama di bulan pertama di tahun baru, saya hidangkan Kuih Kosui atau Kasui buat sarapan pagi.


Selama aktif berblog ini, pelbagai jenis kuih kosui yang saya temui resepinya baik di internet atau di majalah majalah masakan. Ada beberapa kali saya terbaca mengenai resepi kuih kosui yang salah satu bahannya ialah kicap pekat.

Memang rasa agak hairan sebab terfikir bagaimana rasanya bila kicap dmasukkan ke dalam pembuatan kuih yang manis rasanya. Jadi memang agak teruja juga untuk mencubanya sendiri.


Sejujurnya memang tak bezanya dengan kuih kosui yang biasa saya nikmati sebelum ini. Tiada rasa kicapnya kalau itu yang menjadi persoalan. Mungkin ia menambahkan rasa lemak dan warna pada kuih kosui tapi memang agak sedap pada saya. Lembut, kenyal dan manisnya sedang elok sekali.


Saya akan update resepinya kemudian. Hari pertama bekerja di tahun baru banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.


KOSUI HITAM MANIS
Sumber: Buku Talam Klasik Malaysia oleh Pn. Hasma Noor Basir

Bahan bahan
Bahan A
150gms tepung beras
50 gms tepung kastad
50 gms tepung hunkwee
800 ml air
1/2 sudu teh kapur sirih

Bahan B
300 gms gula merah
100 gms gula pasir
400 ml air
Daun pandan
1 sudu makan kicap lemak manis
( masak Bahan B hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk)

Bahan lain
Kelapa parut - ambil bahagian putih saja
1 sudu teh garam halus

Cara cara
1. Sediakan loyang berukuran 12", lenserkan dengan minyak.
2. Satukan bahan A, gaul sebati kemudian masukkan Bahan B yang telah disejukkan tadi. Tapis.
3. Jerang adunan di atas api yang sederhana, kacau hingga hampir pekat.
4. Tuang adunan ke dalam loyang, kukus di atas api sederhana selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan, potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah dimasukkan garam halus.

*** Saya buat 1/2 bahagian dari resepi di atas.



7 comments :

Marsita Yahya said...

Feveret ni tapi lamer tak buat...selalu beli atau kalau kat kg..kakak ipar yg buat...best..tapi nak try plak yang pakai kicap ..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam

kuih kasui yg tak jemu dimakan sy kalu breakfas kat kedai mesti cari kuihmuih camni he he
jgn lupa update resepi ye

Mas Sani said...

Happy new year...
pestime tahu penggunaan kicap manis dlm kuih hehehe...x dpt dibayangkan hehe tp kalau x cuba x tahu kan :)

Gee® said...

Sedapnya kosui... terlior i..!!

Amie said...

Barangkali kena tengok jenis kicapnya ye Hazila... tu yang buat sedap, lemak manis tukan...

zila norazila said...

mmg sedap klu buh kicap kak..sbb member sy family dia mmg berniaga..dia buat kuih nie pun buh kicap..rasanya lbh kurang tp dr sgi warna mmg cantik..lemak2

eyeyou said...

kasui mak sy menjadi pujaan anak cucu, jiran tetangga dan kwn2 sy jugak..tp anaknya cukup malas nak belajar buat kuih yg senang ne..:)