Wednesday, January 16, 2013

Cendawan Goreng Tepung


Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Tiba tiba tekak terasa nak makan cendawan goreng tepung pulak. Ini gara gara hari ahad lepas masa ke pasar tani, saya nampak peniaga tu tengah menggoreng cendawan tiram ni. Aduhai rasa macam nak beli tapi asyik teragak agak je...

Jadi semalam saya singgah beli cendawan tiram kat pasaraya sebelum balik rumah. Mesti sedap kan makan masa masih panas. Sebelum ini saya tak pernah cuba lagi, itu yang membara nak buat juga semalam.


Resepi saya ambil dari internet tapi dah lupa linknya. Tapi kebanyakannya menggunakan bahan yang lebih kurang sama.

Bahan bahan
250 gms cendawan tiram
50 gms tepung gandum
50 gms tepung beras
40 gms tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur
1 sudu makan serbuk cili - ini saya letak
Air secukupnya

Cara cara
1. Cuci cendawan tiram, toskan dan perahkan sedikit supaya air basuhan yang tinggal menjadi minima.
2. Bancuh semua bahan kecuali cendawan menjadi seperti kita hendak menggoreng pisang atau keledek.
3. Panaskan minyak, celup cendawan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keemasan. Buat hingga habis.
4. Ada orang suka makan dengan sambal kicap, tapi saya makan dengan sos cili je.

11 comments :

sudipVSsenduk said...

krup krap krup krap...

balik nnti nak cari cendawan, awak punya pasal le ni...

Marsita yahya said...

interesting...

Gee® said...

ermmm...nyam2x

Qhaifa Nur said...

ha...adapun resepinya..dah lama nak buat...sedapnya

Qasey Honey said...

makan sambil tgk tv sedap tu kak...mesti xsedar rupanya dh abis..hihi

Rohah said...

memang sedap takleh nak kata...

JaSSNaNi said...

perghhhhhhhhh.. kat umah ni pun kalau wat cendawan goreng, nak kena banyak terus.. kalau pek 250gm tu, berebut2 lah.. tak cukup.. tapi anak2 suka sos cili campur mayonis.. nyam nyam.. meleleh mak..

zila norazila said...

pergghhh sedapp..zila rajin jgk beli..cicah sambal kicap pun sedap kak:)tp goreng sendiri dpt byk..puas mkn.

Mas Sani said...

tadi petang baru makan cendawan grg tepung di MFM..xsedap..pelik benor rasanya..myb dia guna cendawan dlm tin.

tgk cndawan grg tepung kt sini mcm best je..bak kate kak zila cicah sambal kicap pun sedap :)

Lesung Batu said...

sedap! sedap! sedap! tu je blh komen sbb selalu buat tp tak sempat nak snap foto..hehe

eyeyou said...

ptg2 ne mmg ler ngah lapauuuu...uwaaaaaaaa