Saturday, January 12, 2013

Roasted Potatoes


Assalammualaikum dan Selamat Petang,

Kebelakangan ini selalu tunjukkan menu yang simple saja kan. Bila badan kurang sihat, hanya boleh sediakan menu yang senang dan tidak ambil masa yang agak lama untuk disediakan.

Saya buat roasted potatoes ni 2 hari yang lepas. Kebelakangan suka pulak makan macam ni.




ROASTED POTATOES

Beberapa biji kentang - dicuci bersih dan jangan kupas kulitnya. Belah 2.
Sedikit herba thyme segar
Sedikit herba rosemary segar
3 ulas bawang putih
Minyak zaitun
Garam
Serbuk lada hitam

Cara cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas, gaul sekata.
2. Masukkan semua ke dalam dulang pembakar, tuang sedikit air anggaran 1/4 cawan ke dalam dulang pembakar.
3. Bakar di dalam oven pada suhu 200 darjah celcius lebih kurang 30 minit.

Dipping sauce
2 sudu makan Greek Yogurt
1 sudu makan sos cili

Campurkan kedua dua bahan dan gaul hingga sebati.

2 comments :

Amie said...

Simple tapi sedap.. itu yang dicari Hazila. Kalau kurang sedap badan memang nak makan menu ringan2 je... bawa-bawalah berehat ye...

mama sara nur said...

kentang sgt bagus dan mengenyangkan betul tak...sedap bila digabungkan dgn sos yogurt yummy