Monday, January 14, 2013

Mushroom Soup & Garlic Bread


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Bagaimana hari ini ye kawan kawan? Jangan ada yang Monday Blues sudah la ye... Kalau kita suka dengan apa yang kita buat tentu tiada istilah Monday Blues atau yang seumpama dengannya. Maklumlah kerja itu satu ibadah dan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Tetapi sebagai manusia, kita mesti tidak boleh lari dari merasakan kadang kala kerja juga boleh "menyesakkan" kepala dan otak kan... Itu biasalah.

Okay berbalik pada entry kali ini saya sajikan Mushroom Soup dan Garlic Bread.


Dulu dulu...

Atau suatu masa dulu saya kalau teringin nak makan mushroom soup selalunya saya beli yang instant, yang dijual di dalam packet. Cuma tambahkan air panas saja. Tetapi masalahnya, ia agak terlalu masin pada saya. Kalau tambah air lebih, nanti tercair pulak. Yang dalam tin, saya rasa pernah sekali dua saja saya cuba. Kalau nak pergi makan di restaurant, harganya boleh tahan mahalnya.

Tetapi semenjak dah "boleh" masak walaupun lepas tekak sendiri, saya rasa lebih sedap Homemade Mushroom Soup dari store bought one. We may adjust the taste according to our preference.


Mushroom Soup

Bahan bahan
6 kuntum cendawan butang - 3 brown,3 white - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bawang besar - dicincang halus
2 sudu makan butter
200 ml cooking cream
3 cawan chicken stock
1 sudu teh fresh thyme
2 sudu makan tepung gandum
Garam
Lada hitam

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter dan biarkan hingga cair. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang menjadi hampir translucent.
2. Kemudian masukkan cendawan,thyme dan bawang putih. Goreng hingga air yang dikeluarkan oleh cendawan kering.
3. Masukkan pula tepung gandum. Kacau rata hingga tepung tidak lagi kelihatan.
4. Masukkan chicken stock dan cooking cream. Kacau rata dan biarkan hingga hampir mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Sentiasa kacau supaya ia tidak meruap dan tumpah.
6. Hiaskan dengan daun parsley jika suka. 




Garlic Bread

Bahan bahan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan butter - dilembutkan ( suhu bilik )
Sendikit daun parsley - dicincang halus
1 loaf roti baguette/French Loaf - dipotong menyerong

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas. Sapukan ke atas permukaan french loaf.
2. Panaskan frying pan, bakar sebentar french loaf tadi di kedua dua bahagian.
3. Sedia dinikmati bersama sama dengan mushroom soup.



9 comments :

pB said...

simple tapi sedappppppppp

hazila said...

pB,

Meh la nak join sekali. Ada lagi kalau semangkuk...

❤Kamsiah❤ said...

ya betul...yg dalam paket ready made tu masin dan terllau over perasa msg nya...
yg kat pizzahut lak ,amboii mahal boleh tahan...

kelmarin beli garlic bread...frozen punya..nnt leh la cuba buat mushroom soup sendiri

JaSSNaNi said...

sedapnya mushroom soup.. feveret nani ngan ibunda... dok dlm pantang tak leh makan mushroom kan.. sejuk.. kalau idak boleh wat mushroom soup gini.. huwaaa... kena tunggu lagi 31 hari..

hazila said...

Kak Kamsiah,
Masinnya tu memang terasa melekat kat tekak. itu yg siksa juga nak telan.

hazila said...

JaSSNaNi,
Ala 31 hari tu sekejap je...hehehehe org yg merasa tu tak sabar nak lepas kan. Nanti dah lepas pantang boleh makan macam macam...

Marsita yahya said...

Great starter...

hazila said...

Marsita,
Yes, boleh ulang hirup sup je ni...

CikLia said...

Salam perkenalan kak hazila,sy telah menderhaka sikit kat resepi ni,disebabkan ketidak cukupan bahan-bahan. Harap akak dapat maafkan saya ye. Owh ye ,sy pembaca senyap blog akak ni.