Monday, August 9, 2010

Ayam Masak Kicap Berempah


Semalam adalah hari ayam , dari isi ayam sampai hati dan limpa ayam kena masak. Resepi ayam masak kicap antara menu yang agak popular dikalangan orang Melayu. Ada pelbagai cara memasak mengikut selera dan tekak masing masing kan. Ada yang suka sedikit manis dan ramai yang suka yang sedikit pedas.

Ada orang yang suka ayam yang digoreng dulu sebelum dimasak kicap, ada yang tak cukup masa, main masuk sekali ayam tu dalam kuali. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.....



Kali ni saya tukar sikit caranya, saya kukus ayam separuh masak dulu sebelum buat masak kicap. Jadi daging ayam lebih lembut.

Bahan bahan
4 ketul ayam - dikukus sebentar
1 biji kentang 0 dipotong baji dan digoreng
1 inci halia,
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 batang serai
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan perasa - jika perlu
Minyak dan sedikit air

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan kicap,sos tomato,serbuk lada hitam dan serai. Masukkan sedikit air.Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan ayam yang telah dikukus, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu.
4. Biarkan seketika, bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, cili merah dan hijau yang telah dipotong serong. Kaup balik dan bolehlah diangkat.

4 comments :

kucingorengemok said...

kita biasa letak ketumbar sikit, pun sedap juga! - ayam kic sure popular time buka puasa kan, masaknya senang :)

Jamak Aton Habi Mahmood said...

Ermm nyummm nyummm ni buat menu sahur pun sedapp kan kak

kelana fana said...

sy pun selalunya goreng or masuk kan terus ayam tu. nanti nak cuba kukus separuh masak macam Hazila buat tu. thanx for sharing :)

AdiK CoMeL said...

nak cuba lah nnti.