Monday, August 2, 2010

Roti Jala Kuah Kari

Memandangkan kari kaki ayam masih ada berbaki lagi, saya telah merajinkan diri untuk buat roti jala untuk minum petang semalam. Bila hujung minggu terperap kat rumah, mulalah macam macam menu yang keluar. Kalau tidak, memang tak berasaplah dapur tu. Maklumlah tuannya asyik merayap je bila hujung minggu.

Tapi sekarang kena belajar lepak kat rumah bila hujung minggu. Maklumlah bulan puasa dah dekat, so hujung minggu mesti banyak lepak kat rumah dari merayau kat luar. Kalau nak merayau pun, merayau kat Bazar Ramadhan la pulak kan.

Roti jala saya ada yang giginya rapat dan ada yang giginya jarang jarang.Ok la tu kan, banyak corak sikit.Kalau gunakan botol mayo tu memang mudah dan kemas. Takdelah bercicir merata rata tepung tu. Resepi kat bawah ni saya ambil dari kak yatiezaini@MyR. Kalau org yg nak makan tu tak ramai, kena agak agaklah ye amount barang yang nak digunakan.

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )
1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.

8 comments :

gee ryder said...

apehal lawa sgt roti jala u tu hehe...

i ingtkan ada resipi roti jala sbb i pun teringin nk buat..baru je beli acuan nye hehe..

sharela resipi tu hehe

LENDANUAR said...

wah kak hazila dah menjala nih..cantik tu jalanya.. i loike...

Deliah's Deli said...

tapau sume yer...tp kasi murah2 je :)

CatlinaFly said...

alahai comelnye roti jala ila...

lina said...

comel nyer roti jalan..cantik pulak tu...

Jiya said...

canteknyer jala akak ni... bila plak turn jiya nak menjala ni erkk??

pssttt kak.. nak ikan pekasam tuuuu! uwaaaaaaaa... sedapnya

cikmanggis said...

cantiknay roti jala tu..tak dapat-dapat lagi ni botol yang muncung 3 tu..hai mana nak cari ni:(

Lynn said...

mana nak cari botol mayo ni? help me..